Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 6, 2013

SPR Sudah Menggagalkan Negara Ini

Sarat keraguan & penipuan, Pakatan Rakyat tolak keputusan PRU
Aedi Asri
KUALA LUMPUR 5 MEI: Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU 13 selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberi penjelasan terhadap pelbagai keraguan yang berlaku sepanjang tempoh pengundian.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai penipuan dikesan sepanjang hari pengundian, antaranya kewujudan warga asing sebagai pengundi dan dakwat kekal yang tidak kekal.
“Jumlah undi awal dan undi pos (kepada Pakatan) juga tidak konsisten dengan trend pengundian semasa,” katanya pada sidang media tengah malam tadi..
Beliau berkata, Pakatan sejak dari awal berterusan menyuarakan perkara ini, namun SPR tidak mengendahkannya.
“Kita secara konsisten menegur tentang perkara ini…(tetapi) SPR bersikap tidak mengambil endah.
“(Justeru) SPR perlu memberi jawapan mengapa penipuan sebegini berlaku dan dibiarkan,” katanya.
“SPR sudah menggagalkan negara ini (EC has failed the country),” katanya lagi.
Turut hadir, antaranya Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Pada saya PR juga menggagalkan diri sendiri tengok kaitan ini

6 comments:

  1. kita tetap menang jika undi kita diniatkan kearana ammar maaruf nahi mungkar, kena usaha lagi... kita belum menang je... insha Allah 5 tahun nnti menang besar. jgn putus asa, pasti ada yg Allah nk kita betulkan....

    ReplyDelete
  2. PR telah menang pada hakikatnya tetapi kerana tipu muslihat iblis TELAH MENGGAGALKANNYA....mereka memang menang...MENANG TERCELA DENGAN KEHINAAN DAN CACIAN.....

    ReplyDelete
  3. sebagai rakyat yang ada hak untuk memilih pemimpin saya pun terasa banyak ruang untuk berlaku penipuan dalam pru masih tidak di perbetulkan
    macam mana WA(warga asing) berani pergi ketempat mengundi - macam mana mereka tahu pusat mengundi ada nama mereka disitu macam mana nama pengundi boleh dipotong sebelum tuan punya badan pergi mengundi dll.lawan diteruskan oleh pelapis baru demi keadilan seperti yang di perintahkan oleh Allah. Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Setuju Anon 8.00 AM... Ini baru permulaan... Yang penting PR kena terus konsisten dalam perjuangan..

    ReplyDelete
  5. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Yang Maha Pengasih.
    Assalamuallaikum...

    Mari kita fikir sejenak.. apakah Islam & Melayu menang? Ya ... buat masa ini. Dan mungkin berubah sekiranya kita masih fikir dan bertindak mengikut emosi.

    Adakah PAS berjaya dalam Pakatan Rakyat ? Dah tentu tidak sama sekali.. kemenangan PAS jatuh merudum.

    Siapa yang berjaya dalam PR? Dah tentu DAP....

    Adakah BN tidak di sokong lagi? Ya dan tidak... Ya BN merosot...tapi hanya kepercayaan CINA pada BN merosot. Kepercayaan melayu pada BN bertambah. BN menang sebab UMNO...Dan UMNO itu melayu dan Islam.... Sebab tu PAS jatuh merudum sebab melayu sudah lari ke UMNO.

    Jadi, sekarang bukan masa untuk bertelagah siapa yang lebih Islam atau siapa yang lebih melayu!!! Buat apa kita beria-ria mengatakan BN kalah tapi kita juga gugur. Yang menangnya DAP dan orang cina!! Cina dah menunjukkan bahawa mereka hanya pentingkan DAP, bukannya UMNO atau PAS..Mereka ini menentang Islam secara jelas.

    Nik Aziz and Haji Hadi serta Ulama PAS...berfikirlah secara ISLAM!. Inilah masanya untuk orang PAS dan orang UMNO berfikir secara ISLAM... kepentingan Umat Islam dan melayu. Letak ketepi semua dendam kesumat demi Islam.

    Kita semua mesti ingat... PAS belum layak memerintah. Walaupun PAS menang semua pon tak boleh memerintah, apatah lagi sekarang. Analyze lah keputusan pilihanraya 2013 dengan sedalam-dalamnya. Buka lah mata...

    Percayalah... jika kita masih berfikiran ke partian... ISLAM akan gugur di bumi Malaysia tercinta ini.

    JANGANLAH SATU MASA NANTI ANAK-ANAK KITA MENJADI NASRANI DAN MAJUSI DI SEBABKAN KITA !!! ANAK-ANAK KITA YANG MASIH ISLAM.. MELUDAH PUSARA KITA SEBAB KEANGKUHAN KITA.

    Tepuk Dada Tanya Iman.

    Wassalam...

    ReplyDelete
  6. keranaumno memeainkan isu agama dan perkauman..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa