Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 10, 2013

Sultan Muhammad V Tak Suka Husam Sebab Ku Li?

Husam dan Istana
Mudah2an ini N3 terakhir gua buat berkenaan isu Husam. Sebab kalau gua layan banyak sangat gua bimbang perjalanan perjuangan Royalti jadi terganggu.

Dakwaan mengatakan begini. Husam tidak disukai Sultan kerana rapat dengan Kuli dalam isu Royalti. Pangkat Datuknya hampir ditarik jika tidak kerana Sultan hormat dengan Tok Guru.

Jika ditanya kepada gua soal logik, gua mengatakan YA memang logik. Tiada mustahil dalam politik.

Tapi dijelaskan sekali lagi, stand gua dalam isu ini ialah kerja peralihan kuasa macam budak2. Tiada audit. Buat nak cepat.

Gua bayangkan flow sepatutnya berlaku. Ini benda besar. Bukan benda kecil.

1. Husam PJ PAS no 2 dalam hiraki PAS Kelantan dan Naib Presiden PAS yang diundi oleh ahli. Konsep PAS ialah parti yang memandu pemerintahan.
2. Panggil Husam melalui surat dan audit. Bukti notis sudah dikeluarkan.
3. Jelaskan fakta istana tidak mahu Husam. Minitkan mesyuarat itu.
4. Perincikan. Istana tidak mahu Husam MB atau TMB atau exco atau kesemuanya. Kuasa sultan hanya MB.
5. Tuan punya badan berhak memberi idea. Katakan hantar senarai Husam sebagai MB atau TMB atau Exco dulu. Minitkan mesyuarat.
6. Selepas dihantar, Sultan tolak yang mana? Audit. Kalau Sultan tolak semua asalkan Husam, maka PAS menghadapinya di depan Husam.
Sebab itu pelik. Sejarah peralihan kuasa paling hina dalam PAS dan.mengaibkan untuk bacaan sejarah anak Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa