Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 8, 2013

Adakah Rakyat Yang Menolak BN Bukan Pembayar Cukai Dan Rakyat Kelas Kedua?

Adakah ini cara demokrasi Malaysia yang dibanggakan itu?
Wajar dan waraskah seorang TPM bercakap begini?
Adakah Muhyiddin dah BNkan Kerajaan Malaysia dan harta kerajaan itu hak BN?
Bukankah semua harta dan wang kerajaan itu hak rakyat yang sepatutnya mempunyai hak yang sama rata?
Kalaulah seorang yang menjawat sebagai seorang TPM boleh berkata dan bersikap begini, kepada siapakah lagi rakyat Malaysia nak harapkan?

Putrajaya akan utamakan mereka yang sokong BN dalam PRU13, kata Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 8 Jun — Pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar)  hari ini.
Pengumuman timbalan perdana menteri itu dilihat sebagai penerusan kepada pendirian Putrajaya untuk menyalahkan masyarakat Cina berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.
"Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN," kata beliau dipetik dari agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.
"Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," tambah beliau lagi.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.
Walau bagaimanapun, penganalisis telah mengatakan trend dalam pengundian menunjukkan keputusan Pilihan Raya 2013 tidaklah semudah "tsunami Cina" seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi ianya lebih kepada pertentangan bandar dan luar bandar bagi Malaysia.
Selepas Pilihan Raya 2013, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya 2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti Cina.
Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.
"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?" kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, "Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?".
Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013 kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 - menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.
Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.
Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008. Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.
Muhyiddin turut berkata hari ini adalah penting untuk memastikan institusi yang selama ini telah kerajaan wujudkan untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan dan keselamatan negara tidak diancam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya dapat mesej yang jelas sewaktu pertemuan bersama pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, kini kerajaan yang memerintah mesti lebih efektif, cekap, berani serta bersedia hadapi apa sahaja di hadapan.
"Jangan biarkan puak-puak yang tidak bertanggungjawab mengganggu-gugat keamanan dan perpaduan. Mereka (rakyat) mahukan kerajaan lebih berani.
"Saya nak ulangi, kita akan bertindak lebih tegas mempertahan segala institusi yang telah dibina untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan, keselamatan dan keamanan negara," katanya

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa