Dulu Orang Putih, lepas tu Jepun dan Orang Putih lagi
Dan akhirnya Melayu yang mempergunakan Melayu untuk berkuasa
Akhirnya Melayu yang layu.......
Bilakah agaknya Melayu akan bingkas?
Bilakah Melayu akan sedar?
Mungkin kerana Malayu diasuh takutkan hantu sejak dari kecil
Maka sampai ke tua pun masih takut kerana dimomokkan!
Felo: Melayu jadi mangsa kekang sentimen anti-BN
Salah pembahagian kerusi pilihan raya sebenarnya menjadikan orang Melayu sebagai mangsa, kata felo Institut Penang, Wong Chin Huat.
Menurutnya, kerusi yang dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat dijadikan lebih besar dengan kemasukan lebih ramai orang Melayu untuk mengekang sentimen anti-BN.
Namun pada masa sama, jumlah orang Melayu yang ramai dalam kerusi tersebut tetap mempunyai hanya seorang wakil rakyat berbanding dengan mereka dalam kerusi yang lebih kecil.
Perkara ini tegasanya, membuktikan bahawa persempadanan semula adalah bersifat politik, dan bukan mengambil kira faktor geografi atau perkauman.
Beliau mengambil contoh parlimen Baling dengan majoriti Melayu yang mempunyai 93,376 pengundi berbanding Alor Setar, sebuah kerusi campuran yang hanya mempunyai 69,189 pengundi.
"Ini menghukum Melayu, kerana Baling adalah kubu kuat PAS sementara BN sebelum ini tidak pernah kalah di Alor Setar sehinggalah pilihan raya baru-baru ini. Ia bersifat partisan," katanya dalam satu forum membincangkan persempadanan pilihan raya hari ini.
Beliau seterusnya memberikan contoh dewan undangan negeri Seri Serdang yang menjadi semakin besar untuk mengekang sentimen anti-BN.
Jelasnya, pada tahun 2008 BN menang dengan majoriti 45 undi tetapi tewas kepada PAS pada tahun 2013 dengan majoriti 16,251 undi.
"BN sangat tidak popular di kawasan bandar sehingga mereka tidak mampu mendapatkan sokongan yang mencukupi melainkan mereka membentuk konstituensi yang besar," katanya.
Mengulas perkara lain, Wong menegaskan sistem pilihan raya 'first past the post' sekarang tempang kerana ia membolehkan kerajaan minoriti dengan majoriti mudah 25 peratus membentuk kerajaan.
"Untuk menang, anda perlu memenangi separuh sahaja daripada kerusi (parlimen) dan anda seterusnya hanya perlu menang separuh daripada undi daripada kerusi-kerusi tersebut," katanya.
Beliau mencadangkan tiga sistem lain sebagai ganti - sistem undi alternatif seperti di Australia, sistem pengundian berkadaran seperti di Jerman dan New Zealand, dan sistem ahli campuran majoriti seperti di Jepun dan Thailand.

Sehubungan itu, katanya, Pakatan boleh memenangi PRU13 dengan mendapat 114 daripada 222 kerusi Parlimen sekiranya Malaysia menggunakan sistem pengundian berkadaran.
Katanya, sistem pengundian itu membolehkan korelasi hampir sempurna antara undi popular dan kerusi.
Katanya, jika sistem itu telah digunakan, maka PAS akan mendapat 33 kerusi, PKR 46 dan DAP 35 - dengan BN memperolehi 106 kerusi..
Parti Star dan Sarawak Workers Party juga masing-masing mampu memenangi satu kerusi

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa