Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 3, 2013

Dakwat Kekal: Adakah Shahidan Bohong Di Parlimen?

Takkanlah bila Pengerusi SPR dan Timbalannya jual temberang, Menteri pula bohong di Parlimen? 
Pastikan Shahidan tidak berbohong di parlimen
Subky Latif,
SAYA tidak pasti apa sebenarnya yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim katakan di Parlimen ketika menjawab soalan tentang dakwat kekal dalam PRU13  dulu.

Yang saya fahami dari berita mengenainya ialah bergantung pada individu apakah dakwat itu akan kekal atau tidak kekal. Maksudnya ada individu dakwat itu kekal beberapa hari dan ada jari individu tidak lekat dakwat itu.

Katanya jika laporan itu tepat, ia sudah diuji pada jari kakitangan SPR beberapa hari sebelum hari mengundi.  Ertinya SPR puas hati dengan ujian itu.

Saya tidak bersangka buruk dengan jawapan menteri itu. Tetapi laporan yang disiarkan menampakkan jawapan itu berunsur jenaka. Berjenaka di Parlimen tidak salah, bahkan ia boleh menyegar Anggota Parlimen dari mengantuk dan bosan dengan ucapan yang tak henti-henti. Tetapi jenaka itu mesti benar, bukan diada-adakan.

Parlimen bukan tempat berbohong. Bahkan bukan di situ  saja dilarang berbohong. Di mana-mana saja manusia tidak boleh berbohong. Islam menentukan dosa atas setiap bohong. Tetapi tiada yang banyak dibuat terhadap kaki bohong yang  dibuat di merata-rata. Masjid adalah Rumah Allah. Ia adalah tempat suci yang orang mengelak dari berdosa. Tetapi tidak undang-undang yang dapat menghukum orang berbohong.

Parlimen ada peraturannya. Orang yang berbohong tidak layak menganggotai Parlimen. Guru wartawan saya, wartawan senior dari Britain, Mr. Brown memberitahu kuliah tahun 1963,  John Profumo, Menteri Perang Britain hilang  kelayakannya menjadi menteri dan anggota Parlimen bukan kerana skandal seks Kristian Keeler yang melibatkannya tetapi kerana dia berbohong di Parlimen.

Demikian seriusnya hukum terhadap MP yang berbohong.

Jawatankuasa Tata Tertib Parllimen perlu melihat jawapan Shahidan tentang dakwat itu betulkah Shahidan berkata benar atau dia bergurau bohong di Parlimen. Siapa yang menyediakan jawatan itu adalah hal yang lain, penuturnya adalah seorang anggota Parlimen dan menteri.

Pastikan dari hansard Parlimen apa yang diucapkannya. Pastikan betul ada ujian dilakukan atas jari petugas SPR sebelum tarikh mengundi. Betul dakwat itu tidak padam hingga beberapa hari. Ujian itu mesti dibuat sebelum dakwat itu  dibeli. Bukan dua tiga hari sebelum mengundi hingga dia  tidak layak mengundi kerana dakwat itu masih lekat di jari pada hari mengundi.

Ke atas berapa  jari yang diuji. Adakah semua orang yang diuji  dakwat itu lekat belaka? Ertinya tidak orang yang diuji dakwat itu tidak lekat.

Parlimen atau SPRM yang berminat tentang kesahihan dakwat itu mesti mendapatkan pandangan pakar dakwah tentang ada jari manusia dakwat itu boleh lekat lama hingga tempoh  yang ditentukan dan ada  jenis jari dan kulit tangan manusia yang tidak lekat dakwat.

Dan bila SPR dan kerajaan sedar adalah jari yang boleh lekat dakwat dan ada jari yang kalis dakwat.

Pastikan bahawa Shahidan telah dibekalkan dengan bukti yang betul sebelum dia membuat jawapan di Parlimen dan dia sendiri yakin tentang ada jari manusia yang kalis dakwat dan yang lekat dakwat.

Sama ada Shahidan telah dikelirukan oleh pegawainya dan oleh orang-orang SPR adalah perkara kedua. Jika dia dikelirukan oleh orang lain, itu adalah kebodohannya. Jika dia menyamai jawapan atas bndak yang  tidak betul atas nasihat orang lain, dengan sendirinya ada kecacatan untuk jadi ahli Parlimen yang berwibawa.

Jika dipastikan dia berbohong, baik atas otak  dan lidahnya, atau dia dinasihat orang, bercanggah dengan fakta sains ada jari lekat dakwat dan ada jari kalis dakwat, maka kalayakan Shahidan jadi MP sudah tidak dapat  dipertahankan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa