PKR – PAS comel di luar, rapuh di dalam
K Pragalath| July 3, 2013
PETALING JAYA: Menurut seorang tokoh akademik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof kerjasama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat “nampak comel di luar tetapi rapuh di dalam”.
Katanya, kerapuhan kerjasama PAS – PKR terserlah apabila terdapat pemimpin PAS yang tidak menyokong Perhimpunan Black 505.
Beliau turut menyatakan bahawa PKR dan PAS tidak sependapat dalam menentukan parti yang akan bertanding di dalam pilihan raya kecil Kuala Besut.
Beliau turut menyatakan bahawa PKR dan PAS tidak sependapat dalam menentukan parti yang akan bertanding di dalam pilihan raya kecil Kuala Besut.
“Kuat dan berpengaruh sangatkah PKR untuk meletakkan calonnya di Kuala Besut? Nampaknya beberapa pemimipin PKR ini masih jauh dari dunia nyata mereka,” kata Agus dalam laman Facebooknya semalam.
Berkaitan perkara ini, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa PAS akan bertanding di Kuala Besut.
Satu lagi pemerhatian Agus ialah ketiadaan bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta kritikan ahli Parlimen Gombak Azmin Ali yang juga ialah timbalan presiden PKR terhadap PKR menyebabkan Anwar “hilang sengat” dalam sesi debat.
Agus turut mendakwa bahawa ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan Tantawi dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz lebih menumpukan perhatian terhadap PAS berbanding dengan isu berkaitan Pakatan Rakyat.
Nasrudin juga merupakan Ketua Pemuda PAS manakala Nik Abduh ialah Timbalannya.
Selain itu Agus turut meramalkan BN bakal rapuh berikutan kontroversi rang undang – undang pemelukan agama Islam yang menyatakan bahawa ibu atau bapa boleh mengislamkan anak mereka oleh satu pihak tanpa persetujuan pasangan mereka.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa