Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 10, 2013

Dia Ni Meracau Ker Mabuk?

Pada aku bukan Akta yang bawa masalah tetapi tetapi penyalahgunaannya saja yang membawa masalah dan ketidak puasan hati rakyat!

Lagi pun dalam Islam ni ada ker Hukum yang boleh sesiapa ditahan tanpa bicara dan bukti yang kukuh tanpa dihadapkan ke muka pengadilan?

Mamat yang berdahi sempit ni pulah sibuk menyalahkan pembangkangItu pembangkang, ini pembangkang

Akhbar yang terang menghasut tidak pernah diambil tindakan, individu yang menghasut tidak pernah ditahan, blogger penghasut dan penyebar ftnah tidak pernah disoal kerana mereka dari kem dan pro-kerajaan

Dok gitu Tok Nan?

Published: Rabu Julai 10, 2013 MYT 2:02:00 PM
Pembangkang 'Buat Kacau' Untuk Cetuskan Huru-Hara - Ku Nan

KUALA LUMPUR: Pembangkang, khususnya, bertanggungjawab terhadap kemerosotan tahap toleransi di negara ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Sekarang kita ada pembuat kacau dan pembangkang sedang cuba membangkitkan beberapa perkara sehingga negara bertukar menjadi huru-hara," katanya, sambil menambah undang-undang seperti Akta Hasutan masih diperlukan demi kepentingan keselamatan negara

Beliau juga berkata, undang-undang pencegahan yang baharu diperlukan untuk menangani kadar jenayah yang semakin meningkat.

"Kita perlukan satu lagi rancangan untuk menggantikan Ordinan Darurat kerana kita agak bimbang dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

"Kerajaan perlu meletakkan sesuatu di 'tempatnya sekali lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

EO telah dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan kritikan bahawa ia adalah zalim dan tidak demokratik.

Tengku Adnan berkata, undang-undang baru yang dibincangkan akan bersifat lebih mencegah, bertujuan untuk menghalang jenayah dan bukan untuk menghukum.

Ditanya sama ada undang-undang pencegahan akan menimbulkan isu-isu seperti penahanan tanpa perbicaraan, beliau memberi jaminan bahawa Jabatan Peguam Negara akan melihat semua aspek undang-undang baru.

"Sudah tentu, manusia mahukan kebebasan dan kami telah memberikannya tetapi kadang-kadang, kebebasan boleh menjadi agak sukar untuk orang-orang yang baik," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Juniadi Tuanku Jaafar berkata draf kertas kerja mengenai undang-undang pencegahan baru disediakan oleh Peguam Negara.

Beliau berkata langkah untuk menggubal undang-undang baru itu diperlukan berikutan permintaan yang semakin meningkat daripada pelbagai pihak, memandangkan peningkatan jenayah bersindiket seperti perjudian haram dan pengedaran dadah.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan melibatkan orang awam bagi mendapatkan maklum balas sebelum sebarang undang-undang dibentangkan di Parlimen.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa