Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 10, 2013

Korang Ingat Apa Yang Kuar Dulu. Ayam Ker Telur?

Ku Nan: Tidak adil anggap polis banyak terima rasuah
MI - JULY 10, 2013
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata adalah tidak adil untuk terus membuat tanggapan bahawa anggota polis merupakan golongan yang banyak menerima rasuah.  
Ini kerana, katanya banyak lagi institusi yang juga merupakan agensi penguatkuasaan. 
"Ia boleh jadi pegawai dewan (DBKL) atau pegawai pegawai penguatkuasa majlis daerah. Ini kerana pegawai penguatkuasa melibatkan ramai orang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Tengku Adnan berkata rasuah hanya boleh dibendung seandainya pemberi rasuah menghentikan tindakan tersebut menjadikan tiada lagi penerima rasuah. 
Beliau diminta mengulas mengenai kejatuhan peratusan keberkesanan langkah kerajaan dalam menangani rasuah berikutan laporan keputusan Barometer Rasuah Global (GCB) Transparency International 2013 yang dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI-M) semalam. 
Laporan tersebut menunjukkan dari tinjauan terhadap 1,000 responden pada September 2012 hingga Mac tahun ini, hanya 31 peratus bersetuju dengan ketelusan kerajaan membendung rasuah berbanding rekod 49 peratus pada 2011.
Tengku Adnan berkata beliau sentiasa menasihati pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak menjadi penyumbang kepada gejala tersebut. 
Katanya semua pegawai penguatkuasa perlu diberi panduan dan dididik agar mereka dapat terus mendisiplinkan diri daripada terjebak dalam sebarang gejala rasuah. - Bernama, 10 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa