Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 3, 2013

HABIS KENAPA DEFENSIF SANGAT?

Aku kata - kalau tak salah kenapa bising dan gabra?Apeke benbe yang nak disembunyikan?
Walau apa pun PR tetap dipersalahkan kerana di siasat, kenape?

Siasat tidak bererti salah - Ku Nan

Umno menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu jawatankuasa menyiasat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembelian dan spesifikasi (dakwat kekal) adalah tepat dan wajar dilakukan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara tersebut dilakukan kerana terlalu banyak desakan daripada PR yang dilihat tidak boleh menerima kekalahan mereka pada PRU13 lalu.

“Inilah yang terjadi apabila agensi bebas yang telus itu menjadi mangsa mereka yang keras hati dan angkuh.

“Tapi, kebenaran akan terbukti. Tidak semestinya yang disiasat itu bersalah,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, siasatan tersebut juga adalah membuktikan kerajaan dan setiap agensi tidak menyembunyikan apa-apa dan bersedia memberi kerjasama.

“Saya melihat perkara ini masih dalam peringkat siasatan. Kesediaan SPR memberi kerjasama menunjukkan agensi ini tidak gentar dengan gesaan pihak tertentu.

“Rakyat akan dapat menilainya sendiri dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan siasatan dijalankan ke atas SPR dan satu pasukan penyiasat sudah dibentuk bagi menyiasat secara terperinci ke atas setiap laporan berhubung dakwaan sama ada terdapatnya unsur-unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah dalam pembelian dakwat kekal. - sumber

1 comment:

  1. Boss,

    Pak Isham TT ada membuat satu teori yang bagi gua amat tepat:

    Apa yang UBN bantah apa saja yang kita buat maknanya benda yang kita buat tu betul. contohnya: dia akan bantah demo, turun jalanraya, tuntutan Bersih bla bla... so, kita teruskan la.

    Apa yang UBN sokong apa yang kita buat maknanya benda yang kita buat tu tak betul. contohnya: tiba2 saja TV3/4 datang buat liputan memuji pentadbiran kerajaan kelantan yang baru setelah ketiadaan Nik Aziz. there must be wrong somewhere or wayar otak depa dah tercabut! giler apa nak puji pihak lawan kalau takde maksud tersirat. kan?

    So, la ni, bila dia puji tindakan SPRM betul nak siasat SPR, then do the math! ni hanya tindakan silap mata nak bagitau ada pegawai bakal jadi kambing hitam, tapi nak tutup cerita tentang SPR tipu undi!! see????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa