Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 3, 2013

Nak Kata Munafiq, Dia Ni Cina. Penipulah Kot?

Ini adalah kenyataan Liang Teck Meng (BN) di Dewan Rakyat semalam:
Dewan Rakyat pada Selasa dikejutkan dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).
Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileak itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.
Tambah Liang, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.
Wikileaks: Ada 17 rekod, tapi rekod Anwar tiada
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
3 Julai 2013

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzim  hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mempunyai 20 akaun luar negara.

Menurut Tze Tzim, dakwaan tersebut  adalah tidak berasas dan berbaur fitnah.

"Semalam pihak PKR telah membuat semakan terhadap data yang didakwa oleh penyokong BN itu.

"...hasil semakan mendapati terdapat 17 rekod Wikileaks mengenai Malaysia, namun satu pun tidak ada kaitan dengan pendedahan Anwar miliki 20 akaun," katanya di lobi Parlimen hari ini
.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa