Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 14, 2013

Jadi, Kalau Tarif Letrik Naik Pakai Pelita?

Kalau tarif air naik, mandi sungai?
Kalau kementerian tak upaya kawal harga, cakap jerlah......
Menteri cakap macam kartun Doraemon!

Ahad Julai 14, 2013
Elak Makan Ayam Kalau Harga Naik - Hasan Malek
KUALA BESUT: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, pada Ahad.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.
"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.
Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.
"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.
Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.
"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - mStar

4 comments:

  1. Kalau harga gula naik, maka dia akan suruh mentahkedarah garamlah gamaknya.

    ReplyDelete
  2. Bhai MountDweller...

    Ini menteri semua kiter kasi hantar duduk kat dalam hutan... kasi diorang ubah gaya hidup... baru agaknyer ader akai...

    ReplyDelete
  3. Ayam naik, rakyat berenti makan ayam, beras naik rakyat berenti makan nasi (tak tau makan apa). Tarif letrik naik pakai pelita. Aku nak tanya menteri2 tu semua berenti makan ayam tak, berenti makan nasik tak, berenti pakai lampu letrik tak kalau 3 benda tu naik? Sorrylah, cuma rakyat aja yg disaran berbuat demikian. Menteri2 tu semua bukan rasa barang naik. Semua keperluan dia org adalah percuma. Naik atau tidak tidak menjadi masaalah mereka.

    ReplyDelete
  4. Padan muka pengundi BN(barang Naik) nah...nak sangat UMNO.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa