Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 15, 2013

Apakah Warna Sebenar Paul Low?

Paul Low didesak segerakan enam resolusi Transparency International
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
JULY 14, 2013
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong mendesak Datuk Paul Low melaksanakan enam resolusi Transparency International- Malaysia (TI-M) pada 2012 ketika masih diterajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Beliau mempersoal kewibawaan Paul kerana melengah-lengahkan semua pelaksanaan resolusi berkenaan sedangkan berpeluang melaksanakannya.
“Low hanya berdepan dengan tiga kemungkinan, tidak boleh diharapkan untuk hapus rasuah dalam Barisan Nasional atau beliau seorang yang hipokrit ataupun kedua-duanya," katanya.
Enam resolusi itu ialah pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui pemecatan pengerusi dan timbalan pengerusinya; kedua mendesak parti politik mengumumkan akaun kewangan mereka; ketiga mengehad perbelanjaan parti politik dan bukan calon sahaja.
Tiga lagi ialah melarang parti politik memiliki atau terlibat dalam perniagaan secara langsung atau tidak langsung, kelima, kerajaan perlu menyumbang dana kepada parti politik dan terakhir, melarang parti politik memiliki mana-mana media.
Minggu lalu, Paul pada sesi perbahasan Parlimen kerajaan sudah melaksanakan sebahagian lapan daripada 22 resolusi yang dibawa TI-M tetapi usaha itu disifatkan tidak memadai.
Sim berkata, pembaharuan ‘setengah masak’ yang diperkenal Paul menyebabkan pemimpin pembangkang dihadkan kapasiti perbelanjaan dan peraturan pilihan raya.
Sedangkan, katanya, calon BN berbelanja 10 kali ganda daripada had yang dibenarkan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan dakwaan Pakatan Rakyat.
Selain itu, beliau juga menggesa kerajaan memperuntuk masa mencukupi bagi melaksanakan 22 resolusi oleh TI-M bagi memastikan pembaharuan dalam pengurusan kewangan parti politik di Malaysia. - 14 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa