Pasti ada yang tak kena di mana-mana.....
Mustahil tersalah orang kerana berlaku di masa yang berlainan dan bukan juga di tempat yang sama
Ibu bimbang masa depan anak
13 Julai 2013
RANTAU PANJANG – Seorang ibu tunggal dari Taman Rantau Mas, dekat sini bimbang masa depan anaknya selepas disahkan mengalami kecacatan kekal, berikutan ditembak dalam satu kejadian hampir empat tahun lalu.
Azizah Daud, 53, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu ditembak dalam dua kejadian berasingan iaitu kali pertama awal 2009 di Golok, Thailand dan kes kedua di kediamannya enam bulan kemudian.
Katanya, sejak kejadian itu, Mohd Azwani Ismail, 30, bergantung hidup sepenuhnya kepadanya untuk membiayai belanja perubatan dan juga menguruskan kehidupannya.
Menurutnya, dia bimbang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini terhadapnya kelak, memandangkan Mohd Azwani tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali kerusi roda daripada sebuah parti politik walaupun disahkan cacat kekal.
Mohd Azwani hanya mampu duduk di rumahnya
di Taman Rantau Mas, sejak kejadian 2009 lalu
Tambahnya, bagi membolehkan Mohd Azwani terus mendapatkan rawatan, dia berniaga santan di hadapan rumahnya kerana anaknya itu tidak boleh dibiarkan sendirian.
“Banyak perbelanjaan yang terpaksa saya keluarkan untuk membiayai perbelanjaan Mohd Azwani sejak kejadian itu.
“Bil hospital sering tertunggak setiap kali mendapatkan rawatan, duit jualan santan yang tidak menentu saya gunakan untuk melunaskan bayaran tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Mohd Azwani berkata, ketika kejadian, dia baru setahun menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan software di salah sebuah kolej swasta.
Katanya, kejadian pertama di Golok tidak menyebabkan dia cacat, sebaliknya koma selama lima hari dan dirawat di Hospital Golok sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu selama dua hari.
Kejadian kedua, dia ditembak dari paras pinggang ke bawah menyebabkan kecederaan pada paha, lutut sehingga menyebabkan dia tidak mampu berjalan dan hanya bergantung kepada tongkat dan kerusi roda.
Bagaimanapun katanya, adakalanya dia tidak boleh banyak bergerak kerana masih berasa sakit di bahagian kakinya dan adakalanya langsung tidak boleh berpijak.
Mohd Azwani berkata, jauh di sudut hatinya dia mahu bekerja seperti rakan seusianya, tetapi sedar keadaan dirinya tidak mengizinkannya berbuat demikian, seterusnya menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat itu.
Menurutnya, jika ada pihak mahu memberikan peluang kerja mengikut kesesuaian dan kemampuannya, dia akan cuba memenuhinya jika mampu melaksanakannya dari rumah atau di tempat tertentu.

kejahatan makhluk Allah berbagai bagai jadi berhati hati dalam menempuh kehidupan yang tak lagi aman dari jenayah yang makin bertambah.pohonlah keselamatan dari pencipta manusia.
ReplyDelete