Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 18, 2013

Kita Tengok Siapa Yang Betul

Tapi kesudahan kita boleh agak! 

Saman pilihan raya terhadap SPR tak langgar perlembagaan
KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Saman terhadap tujuh ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melanggar perlembagaan, kata ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Beliau membidas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang mengatakan cubaan mengetepikan seluruh keputusan pilihan raya umum ke-13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bercanggah dengan Perlembagaan.
“Timbalan Pengerusi dan tujuh ahli SPR didakwa enggan dan dengan sengaja menyebabkan kegagalan dakwat kekal.
“Mereka bertindak menipu, memungkiri hak berperlembagaan plaintif,” kata Sivarasa pada sidang media di lobi parlimen hari ini.sivarasa_rasiah
Kata Sivarasa, sekiranya mahkamah menemui bahawa SPR curang dan melanggar hak perlembagaan, Pakatan Rakyat akan mendapatkan ‘consequential reliefs’ bahawa 222 kawasan parlimen tidak sah.
“Dan pegawai SPR sama perlu disingkirkan, manakala pilihan raya semua boleh dijalankan oleh anggota baru yang boleh dipercayai,” katanya.
Sivarasa merujuk kes Union Bank of India lawan Association for Democratic Reform (2005) 5 SCC 294 di mana Mahkamah Agung India, dalam satu cabaran perlembagaan mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Kes tersebut tidak difailkan sebagai petisyen pilihan raya. India mempunyai peruntukan sama dengan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan kita yang membolehkan bahawa satu cabaran kepada satu pilihan raya boleh dibuat melalui petisyen pilihan raya.
“Pakatan Rakyat sedar bahawa kebebasan mahkamah akan berlaku kontraversi terutamanya melibatkan kes politik berprofil tinggi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa