Bila direnung sikap penting diri pemandu kita yang menjadikan kurang waras di Jalanraya yang banyak menyumbang kepada berlakunya kemalangan
Ambulans pun satu hal. Ada kalanya Ambulans kosong pun dipandu dengan laju dengan siren dipasang.
Bila banyak kali berlaku perkara sebegitu dan orang ramai dah tahu, maka mereka tidak akan hiraukan lagi amaran siren dari Ambulans walau pun memang dalam keadaan kecemasan sebenar.
Ambulans, tiga kereta terbabit nahas
2 Julai 2013
MUAR – Sebuah ambulans Hospital Tangkak yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar pesakit di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar terbabit dalam kemalangan di Jalan Salleh di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sebuah kereta Proton Saga dari arah Muar cuba memotong ambulans tersebut, namun gagal sebelum merempuh sebuah kereta Proton Saga lain yang datang dari arah Bukit Pasir.
Akibat rempuhan itu, kereta tersebut berpusing lalu melanggar bahagian belakang kanan ambulans berkenaan sebelum terbabas ke kanan jalan dan dilanggar sebuah lagi kereta lain yang juga dari arah Bukit Pasir menghala ke Muar.
Pemandu ambulans serta dua jururawat terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
Manakala, pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan parah dan dihantar ke HPSF untuk rawatan dan pemandu kereta lain hanya cedera ringan.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa