Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 2, 2013

Statements Sampah Yang Membuatkan Kambing Pun Tersengih

Sejak bila pulak SPRM ikut rentak pembangkang?
Bukankah selalunya Pembangkang yang selalu dijadikan 'kambing hitam'?
Hebat sungguh suara dan kuasa Pembangkang sekarang!

SPR disiasat kerana pembangkang ‘angkuh hati' - Ku Nan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyalahkan sikap "angkuh hati" pembangkang sebagai punca Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu melibatkan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Semalam The Malaysian Insider melaporkan agensi pencegah rasuah itu telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, bagi melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut.
"Ini terserah kepada SPRM lah… ini macam-macam tohmahan dibuat. Kadang kala persepsi… persepsi-persepsi yang dilakukan oleh puak yang barangkali terlebih 'angkuh hati'," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Setiausaha agung Umno tersebut berkata sikap "angkuh hati" lebih merbahaya daripada "busuk hati" kerana mengganggap sikap tersebut akan menyebabkan seseorang melakukan perkara yang tidak boleh diterima akal.
Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan.
SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.
Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.
Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis.
- TMI

2 comments:

  1. 'Kambing hitam' - seseorang yang tidak bersalah yang menjadi mangsa untuk dipersalahkan di dalam jenayah.

    'Anjing hitam' - seseorang yang memang sama-sama membuat kerja salah atau jenayah tetapi dijadikan mangsa utama untuk dipersalahkan sebab dia paling gurkha di dalam sindiket tu... low class member.

    ReplyDelete
  2. look whos lying now?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa