Updated: Isnin Julai 15, 2013 MYT 10:10:54 PM
Selepas SKMM, Polis Soal Siasat Pasangan Persenda Ramadan
KUALA LUMPUR: Selepas disoal siasat lebih sembilan jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penulis blog seks, Alvin Tan dan Vivian Lee kini disoal siasat oleh pihak polis.
Dua pegawai penyiasat polis tiba di bangunan SKMM pada pukul 9 malam untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
Mereka dijangka akan disoal siasat selama dua jam oleh pihak polis.
Petugas media yang berkumpul menjangkakan pasangan berkenaan akan meninggalkan bangunan tersebut pada pukul 8 malam bagaimanapun, namun hanya melibat kelibat mereka sesekali ketika mereka ke tandas.
Pada kira-kira pukul 9.30 malam, pasangan berkenaan diiringi dengan dua anggota polis dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.
"Kami telah memohon maaf di Twitter. Kami sangat ikhlas," kata Tan ketika mereka bergerak ke arah kereta.
Khamis lalu, Avlin dan Vivian memuat naik gambar mereka sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.
7:179. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
ReplyDeletemanusia belum sedar diri
publisiti stunt yang tak menjadi.silap2 makan diri sendiri. Apabila bertindak menggunakan 'kepala bawah' instead of kepala atas as normal human being. Sudah terhantuk, baru terngadah....
ReplyDeleteshould take law action agains 'em to give warning to others.... and stop their huhu-gaga once and for all. enough is enough.