Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 18, 2013

Real Madrid Pasukan Termahal Dunia - Forbes

Real Madrid tangga teratas senarai Forbes

New York: Real Madrid mengetuai trio kelab bola sepak Eropah yang menduduki tempat teratas senarai 50 pasukan sukan paling berharga di dunia mengikut senarai dikeluarkan Forbes, kelmarin.

Juara Eropah sembilan kali itu bernilai AS$3.3 bilion (RM10.4 bilion), meningkat daripada AS$1.88 bilion tahun lalu, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan pendapatan daripada urus niaga dengan Adidas dan Emirates Airlines, kata Forbes dalam satu kenyataan.

Manchester United tempat kedua 

Manchester United yang bernilai AS$3.17 bilion (RM9.97 bilion) bertukar tempat dengan Real menduduki tempat kedua, manakala juara bola sepak Sepanyol Barcelona (AS$2.6 bilion) meningkat lima kedudukan ke tempat ketiga.

Selain tiga pasukan bola sepak berkenaan, senarai kelab sukan paling berharga dikeluarkan Forbes itu didominasi kelab di bawah naungan National Football League (NFL).

Pasukan Major League Baseball (MLB), New York Yankees yang bernilai AS$2.3 bilion turun satu anak tangga ke kedudukan keempat, diikuti pasukan NFL, Dallas Cowboys (AS$2.1 bilion) dan New England Patriots (AS$1.6 bilion), yang masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam.

Melengkapkan senarai 10 teratas ialah pasukan MLB, Los Angeles Dodgers (AS$1.6 bilion) di tempat ketujuh, diikuti pasukan NFL Washington Redskins dan New York Giants serta kelab bola sepak yang berpangkalan di London, Arsenal (AS$1.3 bilion). - REUTERS

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa