Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 15, 2013

Tak Senonoh Dan Memalukan!

Memalukan kerana berpuasa mereka ini terlebih makan semasa berbuka?
Bukankah berita ini membuatkan orang bukan Islam ketawa?

Masuk hospital terlebih makan
15 Julai 2013
DOHA - QATAR. Puluhan penduduk di Qatar dimasukkan ke hospital akibat mengalami saki perut gara-gara terlebih makan.

Seorang kakitangan hospital berkata, kebanyakan kes kecemasan adalah berkaitan gastritis.

“Kami menerima 10 hingga 15 kes terlebih makan sejak hari pertama Ramadan, “katanya dalam laporan media Gulf News.

Menurutnya, tahun lalu Hospital Doha diisytiharkan darurat apabila lebih 100 orang mengalami sakit perut pada Ramadan pertama.

“Selain sakit perut kebanyakan mereka mengalami dehidrasi dan masalah buah pinggang,” katanya.

Pada 2011, Pusat Perubatan Hamad mencatatkan 7,700 kes berkaitan penyakit itu. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa