OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 3 June 2014 | Updated: 3 June 2014 9:49 AM
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu memberi alasan kukuh mengapa permit penerbitan yang dipohon sesebuah syarikat perlu ditolak. Gambar fail The Malaysian Insider.
Menteri dalam negeri kini perlu memberi alasan yang baik untuk menolak mana-mana permohonan permit penerbitan akhbar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan menerbitkan akbar adalah hak perlembagaan dan bukan hak istimewa yang ditentukan oleh Putrajaya, kata peguam perlembagaan.
Peguam berkata, menteri tidak lagi mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak permohonan atas alasan keselamatan negara, ketenteraman awam dan moral selepas keputusan mahkamah itu.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu dan apa yang mengejutkan ialah Putrajaya tidak memfailkan kebenaran permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan itu.
Penerbit online, Mkini Dotcom memohon permit di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk menerbitkan akhbar harian dengan nama ‘Malaysiakini’ untuk dijual di Lembah Klang tetapi kementerian menolak permohonan pada 2010 dan syarikat berkenaan mencabar keputusan itu.
Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan pengeluaran permit penerbitan adalah hak yang dijamin di bawah Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan. – 3 Jun, 2014
salam tuan dah lama x singgah c nie... isu cadbury siapa yg mula sahkan ada DNA BABI..?? bukan ke pihak JAKIM.. mungkin anak2 mereka menangis sakan nak makan cadbury terpaksa tarik balik..
ReplyDeleteInilah yg dikatakan menteri telah menyalahguna kuasa
ReplyDelete