OLEH MUZLIZA MUSTAFA
Published: 2 June 2014 | Updated: 2 June 2014 2:26 PM
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.
Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.
Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak.
Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan pengeluar induknya, Mondelez International Inc.
Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia.
Pengumuman hari ini selepas 10 hari Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kandungan dalam dua produk Cadbury, iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mempunyai DNA babi.
Malah Jakim juga menggantung lesen halal syarikat tersebut.
"Contoh yang dihantar ke makmal kimia adalah produk yang sama, tetapi yang ini diambil terus daripada kilang dan dihantar ke makmal.
Jakim hantar 11 contoh daripada dua jenis produk tersebut, keputusan ujian diperoleh hari ini seperti dijanjikan dan ianya sah tidak memiliki DNA babi.
"Kami putuskan untuk umumkan secepat mungkin bagi meredakan isu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam," kata Jamil.
Beliau juga berkata hanya Jakim mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu halal.
"Hanya Jakim berkuasa untuk memberi sebarang kenyataan mengenai isu halal," kata beliau.
Susulan tekanan daripada banyak pihak minggu lepas, pihak berkuasa meredakan kemarahan terhadap Cadbury dengan mengatakan ia masih tidak jelas sama ada pencemaran tersebut berpunca daripada syarikat tersebut.
"Orang ramai perlu memahami kita tidak boleh terus mengambil tindakan terhadap Cadbury apabila tidak ada bukti kukuh," kata Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jakim baru-baru ini.
Cadbury Malaysia juga sebelum ini menarik balik kedua-dua produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan menjelaskan tiada kandungan babi dalam produk yang lain.
"Kami mematuhi pensijilan halal yang diberi dan kami mempunyai tahap kualiti tertinggi pelabelan produk," katanya.
Produk dalam negara-negara Islam kerap diperiksa untuk memastikan sama ada produk tersebut halal atau tidak.
Selain daging babi, barangan yang dianggap tidak halal oleh umat Islam termasuk alkohol dan daging haiwan disembelih tidak mengikut kaedah Islam. – 2 Jun, 2014.
Kalau Jabatan Kimia Kementerian Kesihatan kata ada unsor babi dalam coklat Cadbury maknanya coklat tu haram dimakan oleh orang Islam. Jakim dan Jamil tak perlu pertikaikan dan jangan pula kata halal.Yang menentukan babi itu haram ialah Allah bukan Jakim. Kalau Jamil dan Ketua Pengarah Jakim kata coklat turn halal silalah makan, tapi tolong jangan heret sama umat Islam sama. Dan jangan halalkan benda haram sebab ada GLC2 yang banyak saham dalam Cadbury, maklumlah menteri2 dan pegawai2 tinggi kerajaan banyak pegang syer.
ReplyDeletetak perlu pun kita makan coklat tu lainla keperluan asas yang sangat mendesak tak makan mati
ReplyDeletekalau kita pun hidup dipenuhi dengn barangan dari puak tu apa lagi yang boleh diharap
tengak aja kat supermaket besar atau kecil barang dari pengeluar Islam macam tersisih dibuatnya
kita pun paham kan keadaan ini
sokonglah barangan dari pengeluar Islam yang lagi halal bukan dari pengeluar Islam yang tak kira halai haram
Halal ke Halam agak2 la mat Rasuah Tu halalke halam atau rasuah Tu najis sama khinzir. Lu mkn la je la kalau lu ckap halal. Org2 Pas x makan he geli
ReplyDeleteDisyorkan Cadbury promosi produknya secara percuma selama tidak kurang 6 bulan untuk mendapatkan semula keyakinan orang ramai terutamanya yg beragama islam.
ReplyDeleteMelayu x semestinya Islam dan Islam x semestinya Melayu, makanlah sekiranya anda berkeyakinan anda hanya melayu saja, x ada masaalah, apalah nak diheboh hebohkan.
ReplyDeleteKami rakyat yg beragama Islam di malaysia merasa sangsi disebabkan penemuan DNA babi ini ditemui dlm bulan Feb tapi kenapa disimpan tanpa pengetahuan umum sampai bulan MRI. Setelah tersebar dikhalayak ramai itu pun pendedahan mrlalui internet baru ada tindakan. Tetiba dah jadi halal pulak susulan majlis fatwa mengumumkan DNA babi dalam cadbury halal dimakan. Kami mohonlah agar ahli ahli majlis fatwa, tok menteri dan Hakim duduk satu meja dan makan cadbury dan buat live di TV biar satu dunia yakin. Syaratnya ambil cadbury dikedai atau pasaraya sediaada.
ReplyDeletetanda2 akhir zaman bila ulama jual agama utk harga yg murah..solusinya..jgn makan sbb dah tahu jelas haram.
ReplyDeletetapi jika dijual murah aku pasti bani melayu akan berebut makan. cuma tunggu masa & ketikanya.
Menteri dan JAKIM dah jadi promoter dan model iklan Cadbury, tahniah...aku tak akan makan lagi apa-apa produk keluaran Cadbury ni...
ReplyDeleteMy brother suggested I might like this blog. He was
ReplyDeleteentirely right. This post truly made my day.
You can not imagine simply how much time I had spent for this info!
Thanks!
Feel free to surf to my weblog :: plenty of fish dating site of free dating
I think that everything published was very reasonable.
ReplyDeleteBut, consider this, suppose you added a little content?
I ain't suggesting your information is not good, however suppose
you added a headline to maybe get a person's attention? I mean "Alaa...Kalau Was-was Toksah Makan, Takkan Mati Pun Kalau Tak Makan!" is kinda plain. You could look
at Yahoo's front page and note how they write news titles to get people to click.
You might add a related video or a related picture or two to grab people interested about what
you've got to say. In my opinion, it could bring your posts a little bit
more interesting.
Here is my homepage plenty of fish dating site of free dating