Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 13, 2014

"BN jadi angkuh, sombong" - Daim

Kesombongan BN akan menyebabkan kekalahan, kata Daim 
Published: 13 June 2014 | Updated: 13 June 2014 5:42 AM

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (gambar) mengkritik sikap sombong Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan PRU13 pada 2013.
Daim berkata, masalah timbul apabila BN menang dengan majoriti besar pada 2004 dan mula lupa diri sehingga lupa janji manifesto mereka kepada rakyat.
"BN jadi angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat tetapi rakyat tidak lupa.
"Itu sebabnya pada 2008 majoriti kurang dan 2013 lagi berkurangan.
"Dengarlah kehendak rakyat. Jangan ingat kerajaan tahu semuanya," katanya dalam laporan wawancara khas bersama akhbar Berita Harian, hari ini.
Pemimpin veteran Umno itu sebelum PRU12 pernah meramalkan kekalahan BN di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dan ramalan itu ternyata tepat.
Katanya, dengan status quo yang ada, agak sukar BN menang lagi PRU pada 2018 jika masih tidak berubah.
"Nombor satu menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mesti mesra rakyat, jangan sombong dan apa yang berlaku pada 2008, jangan berlaku lagi.
"Rakyat sudah pandai menimbang dan bukan tiada pelajaran. Jika tidak ada perubahan rakyat akan ubah kitalah," katanya.
Tambahnya, BN juga perlu memperbaiki masalah mereka dan menang atas kekuatan sendiri, bukan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan pembangkang.
Masalah itu termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan.
"Tengok sahaja dalam Internet. Itu bukan hanya persepsi tetapi pandangan orang luar," katanya.
Pada masa yang sama, pandangan akar umbi parti sendiri juga perlu didengari kerana mereka yang memberikan undi.
Daim turut menasihati Umno-BN supaya turun padang mendengar keluhan rakyat melalui agensi kerajaan yang boleh memberikan maklumat sedemikian.
Namun beliau kecewa melihat dalam banyak situasi kerajaan takut untuk berbahas dan menjawab persoalan yang dikemukakan rakyat.
"Kita kena pasang telinga, pergi ke kedai kopi, ke pasar dan dengar apa yang pemandu teksi cakap," katanya. – 13 Jun, 2014. – 13 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa