Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 3, 2014

Ciss......Perkara Ini Berlaku Di Kelantan Rupanya!

Rogol: Anggota Polis Dipenjara 15 Tahun, Lapan Sebatan
Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 8:44 PM

KOTA BHARU: Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin selepas didapati bersalah merogol seorang remaja berusia 14 tahun, lima tahun lepas. 

Hakim Mohd Yusoff Yunos menjatuhi hukuman itu terhadap Sarjan Mejar Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua sebuah balai polis di sini, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahmad didakwa merogol remaja itu di Balai Polis Binjai di sini pada 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menurut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh diwakili Datuk Sukri Mohamed.

Pada prosiding itu, Mohd Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat permohonan rayuan difailkan pada hari sama.

Beliau turut membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh berkuat kuasa sejurus notis rayuan difailkan. - sumber

1 comment:

  1. Jika terlaksana hukuman spt dijatuhkan, pencen dan gratuity HANGUS! Dah tua tapi tak ada akal. Isteri dan anak pula sengsara menderita disamping menanggung malu disebabkan ada suami atau bapa spt ini. Bengong punya orang!!! Dah elok2 dgn punca rezeki halal, saja buat fasal.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa