Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 3, 2014

Cuai: Ibu Mangsa Mungkin Didakwa

Ibu kanak-kanak mangsa pembunuhan kejam mungkin didakwa kerana cuai 
Published: 3 June 2014 | Updated: 3 June 2014 12:04 PM - MI
Polis mungkin akan mendakwa Siti Salmy Suib, (kiri) ibu kepada kanak-kanak yang dipenggal kepala, Siti Soffea Emelda Abdullah atas kesalahan kecuaian 

Polis mungkin mendakwa ibu kanak-kanak dua tahun yang dibunuh dengan kejam atas kesalahan cuai berikutan timbul percanggahan dalam kenyataan yang diberikan wanita berusia 32 tahun itu berhubung kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan kehilangan dan pembunuhan anaknya, lapor The Straits Times Singapore.
Akhbar itu melaporkan, sumber daripada pasukan penyiasatan kes itu memberitahu, Siti Salmy Suib memberi keterangan yang bercanggah.
Siti Salmy mendakwa dia meninggalkan anak perempuannya, Siti Soffea Emelda Abdullah bersama rakannya kerana hendak ke tandas ketika di pusat beli-belah Kota Raya pada jam 3 petang, Khamis lalu.
Dia mendakwa hanya mengetahui apa yang berlaku kepada anaknya selepas polis menghubunginya pada malam kejadian.
"Bagaimanapun apabila kami memeriksa rakaman CCTV, kanak-kanak perempuan itu dilihat bermain sendirian apabila suspek melarikan mangsa.
"Tidak ada kawan-kawannya di sekeliling. Mungkin ada, tapi mereka tidak ada di situ ketika kanak-kanak itu dilarikan.
"Kami sedang melihat kembali kenyataan dia, mungkin dia cuba menyembunyikan sesuatu untuk lindungi dirinya," kata sumber itu.
Sumber itu berkata, rakaman CCTV menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang memerhatikan suspek membawa pergi Siti Soffea namun tidak mengambil apa-apa tindakan.
Hasil rakaman percakapan pengawal keselamatan itu, dia memberitahu kerap kali melihat kanak-kanak itu dijaga oleh beberapa orang yang berbeza kerana Siti Soffea dan ibunya selalu berada di tempat berkenaan.
"Kami mungkin boleh mengaitkan ibu mangsa kerana cuai apabila kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP)," kata sumber itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata, polis masih menyiasat motif di sebalik kes pembunuhan kejam itu yang berakhir apabila suspek ditemui mati lemas.
“Kita masih tidak tahu mengapa dia melakukannya. Kita perlu masa untuk proses cap jari suspek. Kita melihat kes ini daripada semua sudut dan sudah merekodkan kenyataan daripada ibu bapa Siti Soffea dan semua yang mengenalinya,” kata Gan dalam satu kenyataan, lapor akhbar itu.
The New Straits Times Singapore melaporkan mayat suspek ditemui oleh orang awam kira-kira jam 2.30 petang pada Sabtu.
Walaupun tubuh dan wajah mayat sudah kembung, fizikal dan pakaiannya padan dengan gambaran saksi lelaki yang mereka lihat sedang memotong kepada Siti Soffea, pada malam Khamis.
Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada suspek, tetapi sumber percaya dia baru dibebaskan daripada penjara dan mempunyai rekod jenayah.
Sebelum ini mayat Siti Soffea ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan kira-kira jam 9 malam, Khamis lalu.
Polis turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian.
Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa. – 3 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa