Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 8, 2014

Dah Tuan Empunya Diri Mengaku Bukan Islam........

Ada apa pada nama?
Zarina sudah mengaku yang dirinya bukan Islam
Kenapa kita seolah memaksa siterlibat untuk menjadi Islam?
Adakah ini nak mempertahankan Islam atau hanya khilaf  undang-undang?

Kes Zarina dirujuk pada Peguam Negara
Percubaan Zarina Abdul Majid untuk menukar status agamanya daripada Islam kepada Hindu dalam kad pengenalan akan dirujuk kepada peguam negara dan Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM), kata menteri dalam negeri.
Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, beliau sudah melihat laporan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan keputusan Mahkamah Syariah berhubung perkara itu.
Justeru, katanya, pihaknya seterusnya akan merujuk kepada JKSM dan Pejabat Peguam Negara untuk memutuskan sama ada permohonan Zarina akan diterima.
Zahid berkata demikian kepada pemberita di Cheras hari ini.
Zarina, 32, yang dibawa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam sebuah majlis perkahwinan Hindu selepas disyaki beragama Islam pada Ahad lalu.
Beliau mendakwa didaftarkan sebagai orang Islam oleh bapanya yang meninggalkan keluarga dan dibesarkan sebagai penganut Hindu oleh ibunya.
Bapanya, Abdul Majeed Gulam Kade bagaimanapun dilaporkan berkata, Zarina, seperti adik beradiknya yang lain, dilahirkan oleh pasangan beragama Islam – iaitu beliau dan isterinya yang memeluk Islam.
Justeru itu, kata Abdul Majid, status anak-anak mereka adalah Islam. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa