Seorang bekas naib presiden DAP hari ini berkata beliau percaya Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu lepas, akan meninggalkan parti pembangkang itu.
Tunku Abdul Aziz Ibrahim (gambar) berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP.
Beliau menyertai parti itu pada Ogos 2008 dan meletak jawatan pada Mei 2012.
Tunku Abdul Aziz berkata beliau percaya Dyana Sofya, 27, menganggotai DAP kerana yakin ia sebuah parti pelbagai kaum.
"Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu," kata Tunku Abdul Aziz.
Dyana Sofya tewas dengan 238 undi kepada presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingaan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan.
Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi kerusi itu dengan lebih 7,000 undi.
Ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP sama seperti laluan yang ditempuhinya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau dijemput menyertai parti itu bukan untuk diberi kedudukan atau platform tetapi untuk memerangi rasuah.
"Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah, bukan untuk menentang kerajaan seperti yang mereka lakukan. Saya menyertainya untuk kebaikan negara dan masyarakat," katanya.
Setelah menyertai parti itu, Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai naib presiden dan pada 31 Mei 2009, beliau lantik sebagai senator untuk mewakili Pulau Pinang.
Pada Mei 2012, beliau mengumumkan meletak jawatan daripada parti itu dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0, yang antara lain, menuntut pilihan raya diadakan secara bebas dan adil. – Bernama, 2 Jun, 2014.
Maknanya Tunku Abdul Aziz ni suka kpd pilihanraya yang tidak bersih dan telus, dipenuhi penipuan serta fitnah berbagai. Patut pun suaranya seiras macam suara UMNO! Apa, dia fikir Dyana akan hanyut spt dia jugakah?
ReplyDeleteTungku! Jangan tunjukan kebodohan yang kamu tu memang bodoh!!!!
ReplyDeleteOrg mabuk jgn d layan..
ReplyDeletekesian kat tungku
ReplyDeleteDia neh nk ckp payah nak dgr ckp melayu.dia ompurlteh ker.
ReplyDeleteGreat blog you have here but I was curious if you knew plenty of fish dating Site Of free dating
ReplyDeleteany message boards that cover the same topics talked about here?
I'd really love to be a part of community where I can get comments
from other knowledgeable individuals that share the same interest.
If you have any suggestions, please let me know.
Thanks!
Saved as a favorite, I like your blog!
ReplyDeleteAlso visit my blog; plenty of fish dating site of free dating