Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 3, 2014

Dyana Lepuk Tungku Aziz!

Saya tidak akan keluar, DAP seperti keluarga, kata Dyana Sofya 
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Calon kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mod Daud (gambar) menepis ramalan bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim bahawa beliau akan mengikuti jejak langkahnya meninggalkan parti itu tidak lama lagi.
Dyana Sofya berkata, pengalamannya sepanjang menyertai DAP tidak sama dengan Tunku Aziz dan tidak pernah berhasrat untuk memegang jawatan tinggi dalam parti.
Beliau sebaliknya berkata, tujuan menyertai DAP adalah untuk berkongsi cita-cita dan misi melihat negara berada di tahap lebih baik.
"Mungkin jika Tunku Aziz luangkan lebih banyak masa dengan DAP dan akar umbinya, saya yakin dia juga akan bersetuju dengan kenyataan ini."
Menurut Dyana Sofya, berbeza pendapat  tidak bermakna perlu tinggalkan parti apabila perselisihan timbul.
"Tidak seperti yang lain, saya jauh lebih meyakinkan tidak keluar parti hanya kerana saya gagal diundi, dilantik atau tidak puas hati dengan kenduri kahwin," katanya.
Tunku Aziz dilaporkan berkata, berdasarkan pengalamannya sendiri, beliau percaya Dyana akan keluar DAP selepas kecewa apabila mendapati parti itu bukannya parti pelbagai kaum seperti disangka.
"Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu," katanya dipetik Bernama.
Tunku Aziz menyertai DAP pada Ogos 2008 dan dilantik sebagai naib presiden dan pada 31 Mei 2009, kemudiannya dilantik sebagai senator mewakili Pulau Pinang.
Pada Mei 2012, beliau mengumumkan perletakkan jawatan parti atas alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP menyokong perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil, Bersih 3.0.
Dyana Sofya dalam kenyataannya menambah, beliau tidak pernah melihat DAP sebagai satu parti politik tetapi lebih kepada keluarga yang menyedarkannya tentang menjadi rakyat Malaysia sejati.
Katanya, slogan hipokrit 1Malaysia sepatutnya memupuk semangat perpaduan tetapi pada masa sama politik perkauman masih berulang.
Beliau berkata dirinya juga masih berbangga dengan keturunanannya sebagai orang Melayu yang memiliki adat budaya sendiri tetapi menolak kepercayaan kaumnya memiliki keistimewaan menindas kaum lain.
"Saya menyertai DAP sebagai ahli biasa selepas mengenali anggota dan pemimpinnya. Saya faham dan mengagumi perjuangan pemimpinnya, prinsip dan budaya yang pelbagai.
"Saya menghargai konsistensinya dalam mempertahankan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama. Saya percaya kepada prinsipnya melakukan apa yang betul, walaupun berdepan dengan risiko dan akibat," katanya.
Dyana Sofya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 31 Mei lalu tewas dengan beza 238 undi dalam pertandingan satu lawan satu menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong daripada Barisan Nasional (BN). – 3 Jun, 2014. 

3 comments:

  1. ini tungku mangkuk pun satu wakakaka, mau lawan atau jadi tok mo tikar terbang ka ? ABU !

    ReplyDelete
  2. Boleh jadi betul juga kata Tungku itu, asalkan Dyana diberi imbuhan 200 kali ganda drp yg diterimanya dulu. Kalau tiada imbuhan yg lumayan masakan seseorang boleh sesuka hati menyeberang!!!

    ReplyDelete
  3. Ini tunku ingat dia bodoh , orang lain pun bodoh macam dia.

    Sedih kan...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa