Hudud: Dyana jelas pendirian kepada Nik Aziz
Dyana tidak pernah menolak hudud tetapi pendiriannya sama dengan DAP
KOTA BHARU: Bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya menjelaskan kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak pernah menolak hudud sebab sebagai orang Islam beliau tidak boleh menolak hudud.
Bagaimanapun, katanya, pendirian beliau sama seperti pendirian parti (DAP).
“Malaysia adalah negara sekular jadi hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di sini,” katanya selepas menemui Mursyidul Am PAS itu di pejabatnya di sini semalam.
Mengulas mengenai pertemuan yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu, Dyana Sofya berkata, beliau memanfaatkan sebaik mungkin ruang yang ada untuk menjelaskan pendiriannya mengenai hudud kepada Nik Aziz.
Menurut Dyana Sofya, selain isu hudud, Nik Abdul Aziz turut memberi nasihat dan panduan berguna untuk beliau terus survive dalam dunia politik seperti perlu mempunyai prinsip dan sering turun padang bertemu masyarakat.
Dalam pertemuan itu, Nik Aziz mengatakan bahawa beliau tidak setuju dengan kenyataan Dyana Sofya mengenai hudud.
Dyana Sofya hadir mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang melakukan kunjungan hormat ke atas Nik Abdul Aziz di pejabat beliau di Kompleks Kota Darulnaim.
Dalam pertemuan tersebut, bekas Menteri Besar itu turut menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan.
Nasihat beliau itu adalah sebagai reaksi kepada tindakan Dyana Sofya yang dilaporkan berkata tidak akan menyokong pelaksanaan hudud ketika berkempen dalam PRK Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.
Jika Malaysia negara sekular maka sia2lah perjuangan PAS selama ini dan takkan sampai kematlamatnya.
ReplyDeletePendirian agama mesti melebihi pendirian parti....too bad.
ReplyDeleteDidlam apa jua keadaan,tempat, masa, hukum Allah jgn disampingkan.
ReplyDeleteApakah Allah TIDAK TAHU akan ada Cina,India,Kafiaq didunia ini.
Apakah Allah TIDAK TAHU adanya makhluk bernama SEKULAR...
Assalamualaikum, tuan rumah.
ReplyDelete1. Allah beri kita akal supaya guna untuk fikir. Banyak ayat al-Quran suruh buat begitu.
2. Dalam hidup kita, di dalam merancang, membuat keputusan dan melaksanakannya, sebagai manusia kita ada terlalu banyak batasan kerana kita tak tahu semua perkara. Sebab itu itu kita perlu panduan yang memandu kita semasa utilise otak untuk berfikir. Di sinilah peranan wahyu dan apa-apa yang datang daripada nabi Muhammad saw kerana segala tindakan nabi dipandu wahyu.
3. Jadi, saya katakan di sini bahawa dia cakap ikut sedap mulut dan akal semata-mata.
4. Ini cukup berbeza dengan seorang wakil rakyat aka blogger dari Pahang yang juga ahli DAP. Beliau dilihat sebagai tak menolak hudud dan perlaksanaannya. Mungkin faktor kematangan menjadikan dia tak cakap ikut sedap mulut.
5. Mungkin baik Dyana kalah PRK. Dia kalah baik juga untuk semua umat Islam di Malaysia. Dia kalah adalah baik juga untuk wali beliau.
6. Saya setakat ini belum pernah pangkah dacing. Sedari saya mula layak mengundi.
7. Tetapi, dalam kes perlaksanaan undang-undang jenayah Islam, saya memilih untuk berkata ya.
8. DAP dilihat sebagai membawa idealisme demokrasi dan juga hak asasi manusia.
9. Ingin saya tegaskan di sini bahawa adalah hak asasi penganut Islam untuk berhukum dengan undang-undang jenayah Islam.
10. Nampaknya, pada masa ini, masuk komponen dacing jadi bobrok. Masuk DAP kena jadi orang yang sama-sama menyekat perlaksanaan undang-undang Islam. Alahai.