Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 5, 2014

ISMA Sokong Operasi JAIS

Aku pun sokong kalau lawatan pemeriksaan
Tapi kalau serbuan aku tak sokong kerana memberikan gambaran buruk kepada Islam

ISMA: Operasi JAIS untuk elak kemungkaran
mk - 2:10PM - 5 Jun 2014
Pro-Melayu ISMA mengalu-alukan operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas satu majlis perkahwinan mengikut adat Hindu pada Ahad lalu, yang disifatkan sebagai "langkah pencegahan" untuk mengelak "kemungkaran".

Pengerusi majlis ulama NGO tersebut, Aznan Hasan berkata, tindakan itu juga menepati syarak kerana JAIS bertanggungjawab bertindak demikian ke atas majlis perkahwinan tersebut, dan juga pengantin peremuan, Zarina Abdullah Majid.

“Tindakan itu adalah satu siasatan bukannya serbuan seperti yang didakwa. Tindakan tersebut menepati panduan syarak dalam urusan perkahwinan.

“Bahkan ianya adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib terutama institusi agama supaya tidak berlaku perkara yang bertentangan dengan syarak iaitu perkahwinan seorang wanita Islam dengan pasangan bukan Islam,” katanya seperti disiarkan dalam laman web NGO tersebut.

Menurut Aznan lagi, operasi JAIS itu bagi memastikan sama ada Zarina benar-benar seorang Islam atau hanya menggunakan nama Islam.

“Maka dalam kes ini, tindakan JAIS itu adalah sebagai satu langkah saddu al-zarai’ (menghalang daripada berlaku satu kemungkaran),” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa