Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 12, 2014

Janganlah memalukan diri sendiri dengan pointer 3.85 itu!

Ahmad Maslan bela Deepak di parlimen
 | June 12, 2014
Adakah beliau tahu dan melihat surat Datuk Hasan Malek kepada Sabbarudin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek "post dated"?
deepak300x200PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang pernah berbangga dengan pointer 3.85 yang dimilikinya tampil menjelaskan di Parlimen semalam bahawa tiada campurtangan menteri kabinet dalam meluluskan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta kepada Deepak Jaikishan.
Menurut blogger Shahbudin Husin, Ahmad Maslan dimaklumkan bahawa Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbarudin Chik mengakui kenyataannya mengenai isu pinjaman Deepak itu telah diputar belit oleh media alternatif.
“Persoalan yang sama juga ditanyakan kepada Ahmad Maslan, adakah beliau tahu dan melihat surat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek kepada Sabbarudin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek “post dated”? Tahukah juga beliau bahawa Hasan pernah mengugut mahu memecat Sabbarudin dalam suatu perjumpaan?” katanya dalam posting blognya yang terbaharu www.shahbudindotcom.blogspot.com
Katanya lagi, jika beliau tidak tahu semua itu dan tidak pernah berusaha mahu mendapatkan maklumat daripada Sabbarudin, janganlah begitu mudah bercakap urusan Deepak itu tidak ada campurtangan menteri kabinet. Janganlah memalukan diri sendiri dengan pointer 3.85 itu.
“

Beliau menyoal adakah ini bukan campurtangan menteri kabinet namanya, wahai Ahmad Maslan? 





Beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju menambah dalam isu ini, di mana kerajaan nampaknya begitu bersungguh mahu membela tiada unsur rasuah dan tiada campurtangan menteri kabinet, siapakah yang mereka ingin bela?
“Bank Rakyat yang menjadi naungan ribuan koperasi atau Deepak yang begitu mudah berurusan dengan seorang menteri demi kepentingan peribadinya?” soal beliau. 

Katanya, kenapakah Deepak begitu ingin dipertahankan oleh pemimpin dan pihak berkuasa sekarang?
“Meski tanpa hujah konkrit, hanya dengan alasan kosong dan siasatan pula tidak pernah dilakukan, Deepak terus cuba dibela dan dipertahankan,” katanya.

1 comment:

  1. Abe,

    Inilah cara UMNO Baru yang ditubuhkan Mahathir . Sebuah parti yang ditubuhkan dengan menjadikan orang melayu mangsa demi untuk m3ngaut k3kayaan p3mimpin-memimpinnya. Melayu ditipu hidup-hidup dengan m3ntera keramat yang paling berbisa iaitu ketuanan m3layu dan Islam.

    Kita lihat disekeliling kita bagaimana taraf kehidupan ahli-ahli UMNO Baru diperingkat akar umbi, adakah mereka m3nikmati kemakmuran sebagaimana p3mimpin-p3mimpin mereka dan kroni-kroni seperti Deepak ini?

    Yang pasti kehidupan mereka masih ditakuk lama sejak UMNO Baru ditubuhkan tahun 1988.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa