Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 2, 2014

Kes tembak ahli perniagaan: ‘Datuk’ antara empat ditahan

JUNE 01, 2014
Tiga lelaki, termasuk seorang bergelar 'Datuk' dan seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes tembakan seorang ahli perniagaan di Temerloh pada Jumaat malam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 36 tahun dan wanita terbabit, 22, di sebuah rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi tadi.
"Siasatan awal mendapati suspek lelaki merupakan penyewa kenderaan yang digunakan semasa menembak mangsa.
Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun itu merupakan warga Indonesia yang berasal dari Jawa Timur, Surabaya."Susulan tangkapan itu, pada kira-kira 9.45 pagi tadi sepasukan polis berjaya menahan suspek yang dipercayai menembak mangsa di Desa View Tower, Wangsa Maju, Kuala Lumpur," katanya.
Sharifuddin berkata, pemeriksaan di rumah suspek menemukan sepucuk pistol jenis revolver .38, lima kelongsong dan 45 butir peluru serta pakaian semasa menembak mangsa.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menerima arahan daripada seorang lelaki warga Thailand, yang sebenarnya datang daripada seorang lelaki bergelar Datuk.
Bertindak atas maklumat itu, seorang lelaki berusia 48 tahun bergelar Datuk, yang dipercayai mengeluarkan arahan untuk menembak mangsa, ditahan di Taman Permai, Temerloh jam 10 pagi tadi.
Katanya, polis percaya motif kejadian ialah lelaki bergelar Datuk tidak berpuas hati dengan mangsa yang menuntut hutangnya sebanyak RM350,000.
"Polis kini berusaha mengesan lelaki warga Thailand yang dipercayai memberi pistol kepada suspek untuk menembak mangsa dan semua suspek kini ditahan di IPD Temerloh untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun parah selepas terkena tiga das tembakan di rusuk kiri yang dilepaskan oleh seorang lelaki di depan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab. – Bernama, 1 Jun, 2014.

3 comments:

  1. Malaysia masih aman berbanding beberapa negara lain.

    ReplyDelete
  2. malaysia masih aman mn ada berlaku kejadian jenayah media di malaysia ni pandai je buat cerita..pg lah check dulu kat balai report jenayah tiaada pun..anggota relax je..siap boleh kutip ufti lg tu...ada dia org kesah...

    ReplyDelete
  3. Apa yg dilaporkan itu adalah adegan sebuah drama atau filem dlm pembikinan. Mungkin wartawan tersalah lapor barang kali ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa