Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 4, 2014

Mahathir Sekolahkan Najib Tentang Politik!

Dr M: Najib boleh, tapi saya tak akan saman Mkini
mk - 4:24PM - 4 Jun 2014
Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan menyaman mana-mana portal berita walaupun mereka mengutuk beliau, tidak sepertimana Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Abdul Razak.

Kos untuk mendapatkan khidmat peguam adalah satu faktor, di samping beliau tahu bahawa kutukan dan pujian adalah lumrah pada orang politik, kata bekas presiden Umno itu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saman Najib terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, penerbit Malaysiakini, dan dua editornya berkaitan penyiaran komen pembaca.

"Saya tak akan saman, mereka boleh kata saya macam-macam. Saya tak akan saman kerana ini adalah politik. Dalam politik, anda akan dikutuk dan anda akan dipuji."

Sebagai contoh, kata Mahathir, beliau tahu ada yang memanggilnya "anti-hadis" dan "kafir".

PAS, kata Mahathir, juga melabelkan orang Umno sebagai Kafir.

2 comments:

  1. kalau dah tau orang panggil itu ini mesti ada sebabnya tak kan orang sesuka hati nak panggil dengan gelaran yang tidak elok kat matde oi
    tak kan saman tapi cengkam kuat
    lebih kurang sama saja

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Mahathir tidak menyaman berita fitnah adalah kerana dia amat takut pergi ke mahkamah. Tak fasal2 pula banyak lagi kesalahan dan kecurangannya sendiri akan terdedah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa