ADUN PKR mahu saman Malaysiakini
mk - 1:00PM - 12 Jun 2014
ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap Malaysiakini sekiranya portal itu tidak memohon maaf kerana menyiarkan artikel yang didakwa memfitnah beliau.
Beliau berkata artikel berkaitan dakwaan rasuah aktivis Badrul Hisham Shaharin yang disiarkan pada 5 Jun lalu adalah tidak benar sama sekali dan merosakkan imej beliau.
"Banyak media lain mengambil artikel itu dan menyiarkan semua. Ia tidak benar.
"Anda tak mengambil respon saya. Jika anda bertanggungjawab, anda patut tunggu jawapan saya sebelum terbitkan artikel itu," kata beliau hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan berjudul "PKR top leaders implicated in bribery claim" dan "Chegubard buat aduan bertulis dakwaan rasuah".
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa