Oleh Ahmad Ismail
Segamat: Hanya kerana berselisih faham ketika mahu melalui titi kecil merentangi parit masuk ke ladang kelapa sawit di Labis, di sini, seorang lelaki menemui ajal selepas 15 jam bertarung nyawa akibat parah dibelasah dua lelaki, semalam.
Mohd Shukri Zakaria, 35, meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat jam 9 pagi semalam akibat parah di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul oleh suspek.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, anggota di Balai Polis Labis menerima panggilan daripada orang awam jam 5.25 petang mengatakan berlaku pergaduhan antara mangsa yang menunggang motosikal bersama dua lelaki lain.
MOHD Suhaimi menunjukkan lokasi kejadian abangnya dibelasah.
Katanya, kejadian berlaku berhampiran titi kayu yang merintangi parit berhampiran ladang kelapa sawit terletak bersebelahan Jalan Labis-Chaah.
“Mangsa yang parah di kepala dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk menerima rawatan oleh orang ramai, namun meninggal dunia jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya.
Mohd Kamil berkata, hasil siasatan lanjut dijalankan pihaknya menahan seorang daripada suspek iaitu lelaki tempatan berusia 25 tahun berhampiran kandang lembu di sekitar Labis jam 9 pagi semalam.
Katanya, polis kini sedang giat memburu seorang lagi lelaki berusia 20-an yang dipercayai masih berada di sekitar Labis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kerajaan umno/bn yg 50 tahun dominen di Johor yg gah dgn projek koridor selatan yg berbillion ringgit, rakyat nya mati kerana berebut nak lalu atas titi kecil?
ReplyDeleteNak salah siapa?...salahkan rakyat sebab pilih kerajaan atau salahkan kerajaan kerana tak tolong rakyat. Dalam hal ini kerajaan tak salah sebab dia dipilih oleh rakyat. Jangan jadi rakyat yg bodoh pilih kerajaan bodoh.
Inilah akibatnya apabila manusia
ReplyDeletesudah hilang pertimbngan. Puncanya ialah apabila agama tidak diamalkan sebagaimana yang dituntut.Hukum hudud ditolak, solat diabaikan dan akhirnya jadilah manusia lebih teruk dari binatang
This website was... how do you say it? Relevant!!
ReplyDeleteFinally I have found something which helped me. Thanks!
Feel free to surf to my web blog - pour récupérer son ex
Sultan kaya raya.negeri UMNO kuat.tapi ada jugak yang mati berebut titi.HIDUP MElayu !!!
ReplyDeleteahli Gabungan Mamak Penang (GAMPANG)
Hidup pemimpin melayu dan raja melayu!!!!. Rakyat yang mati pun melayu....
ReplyDeleteJangan pandai2 mengata jika tak tau cerita sebenar. Cerita di surat khabar pun bukannya semua tepat seperti cerita sebenar.
ReplyDelete