Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 9, 2014

Perkara Terbalik Berlaku Di Johor?

Dr M bimbang MB gagal nasihati sultan
Radzi Razak10:47AM Jun 9
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bimbang Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin gagal menasihati Sultan Johor dalam isu Rang Undang-undang lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.

Menurut beliau walaupun pindaan pada rang undang-undang tersebut, Khaled mungkin tunduk kepada adat tradisi negeri Melayu yang menganggap sultan sebagai ketua.

"Ini adat Melayu, jika sultan berkata sesuatu, ia mesti diikut dan saya bimbang bukan dia (MB) yang menasihati Sultan tapi Sultan yang akan nasihat dia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama Bengkel dan Anugerah Human Life Advancement Foundation (HLAF) hari ini.

1 comment:

  1. jgn marah khalid. sapa yg boleh nasihatkan ORG ITU?

    penampar buaya mau kena ke

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa