Umno perlu memanfaatkan penggunaan media sosial untuk menarik generasi muda memberi sokongan kepada parti berkenaan, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata Umno perlu lebih kerap memuat naik ceramah terbaharu seperti yang sering dilakukan parti pembangkang kerana golongan muda lebih tertarik dengan penggunaan media sosial sebagai medium mendapatkan maklumat.
"Kita tengok, pembangkang menggunakan laman You Tube untuk sampaikan maklumat, kita pun sebenarnya sudah ada tetapi kita perlu menambah ceramah kita kerana anak-anak muda tidak gemar dan tidak ada masa nak datang dengar ceramah.
"Kita juga akan tampal poster tapi bukan di dinding-dinding bangunan tapi poster di laman Facebook, Twitter dan WhatsApp untuk menyampaikan kebenaran, bukan fitnah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ilmuwan Islam Umno Kelantan di Kota Baharu, hari ini.
Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Mengulas mengenai majlis itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata para ilmuwan Islam juga perlu lebih aktif memberi penerangan kepada orang ramai mengenai agama dan isu lain termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).
"...kita perlu aktifkan program penerangan melibatkan agama, CBP dan sebagainya kepada masyarakat di luar sana supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam," katanya. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa