Tak ada juga NGO yang kononnya mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan membela hak dan membuat laoran polis?
Jenis talam dua muka memang bermuka-muka mencari untung!
Utusan pasrah jika dimurkai raja
mk - 9 Jun 2014
Utusan Malaysia menjelaskan tidak mempunyai niat serong dalam laporannya berhubung rang undang-undang kontroversi Johor dan oleh itu pasrah jika dimurkai pihak istana.
“Jika laporan mengenainya dimurkai, Awang pasrah. Biarlah dimurkai Raja asalkan dapat membawa suara rakyat kerana antara rakyat dan raja berpisah tiada.
“Seharusnya pembesar istana berlapang dada dan responsif terhadap apa sahaja maklum balas. Itulah juga resipi menjadikan institusi Raja lebih disanjung dan disayangi rakyat,” tulis Awang Selamat dalam kolumnya hari ini.
Awang Selamat, nama yang dipercayai digunakan oleh pengarang kanan akhbar itu, berhujah media harus memainkan peranan sebenar dan kasih sayang kepada institusi raja bererti bersama-sama melindunginya daripada terdedah kepada penghinaan dan hakisan keyakinan rakyat.
Sementara itu, Awang Selamat juga berkata, mereka tidak dipanggil mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berikutan laporan di muka depannya kelmarin berhubung Rang Undang-Undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).
“Keresahan orang media terhadap perkara seperti itu patut dihentikan. Sebenarnya tiada sebab dalam era moden terutama landskap media yang baharu, pembesar istana boleh sesuka hati memanggil editor atau wartawan, apatah lagi untuk dimarahi.
“Itu bukan cara wajar,” tulis Awang Selamat lagi.
Zaman telah berubah
Penulis pojok itu juga berkata, jika ada sebarang teguran atau mahukan penjelasan, cukup sekadar mengutuskan wakil dan tidak sesuai bagi Sultan mencemar duli berurusan langsung dengan editor jika timbul situasi tidak menyenangkan.
Katanya, amalan itu diamalkan juga pihak istana di Eropah, Jepun dan Thailand, malah kesultanan negeri lain di negara ini, kerana tidak mahu wujud salah tanggapan seolah-olah ada pihak seperti dibuli.
“Awang percaya Sultan Johor walaupun terkenal dengan sikap tegasnya, adalah seorang budiman dan tidak akan merendahkan nilai serta darjatnya sebagai seorang Raja.
“Lebih-lebih lagi, zaman telah berubah.”
Selamba ye munafik2 ni bila kena kat batang hidung puak2 mereka. Dulu bila Nizar sebut cerita raja belanja ratusa ribu untuk plat kereta puak2 inilah yang memekik melolong suruh ambil tindakan konon raja dihina.Siap berarak lagi tunjuk sayang kat raja.Kepada pihak istana pandai2lah menilai lain kali.
ReplyDeleteSdr. XUMNO
ReplyDeleteGitulah perangai ulat-ulat yang lahir dari tong taik!