Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 16, 2015

Kih..kih...apeke benda la nii?

APA PULAK MEREPEK MERABAN NI?
Friday, 16 October 2015
Tentu ramai gelihati dengan reaksi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Megat Najmuddin Megat Khas berkenaan tindakan Saifuddin Abdullah meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, UMNO sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas ahli MT itu yang bukan saja keluar parti, tetapi juga mengumumkan secara terbuka.

Bukan sahaja keluar parti, tetapi juga tindakan itu dibuat cara umum dan di hadapan media. Dia nak keluar, keluarlah, katanya sebagaimana dilaporkan oleh TMI.

Ehhh...apa yang salahnya keluar UMNO dan mengumumkannya secara terbuka dan di hadapan media?

Apa yang sampai tak mahu memaafkan tindakannya itu? Apa yang UMNO boleh buat lagi setelah Saifuddin keluar meninggalkan UMNO?

Apa pula undang-undang dan disiplin UMNO yang dilanggar dengan berbuat demikian? Itukan hak masing-masing, lagi pun memang sewajarnya tindakan menyertai parti lain perlu dihebohkan kepada umum dan di hadapan media supaya ia diketahui ramai.

Lagi pun, Saifuddin bukanlah "pemimpin sampah" seperti yang dikatakan oleh Tengku Adnan kerana beliau pernah menjadi ahli MT UMNO dan timbalan menteri sebelum ini. Maka, sewajarnyalah penghijrahan itu diberitahu kepada umum.

Orang kahwin, bertunang dan bercerai pun jemput media, apa pulak salahnya keluar UMNO turut sama panggil wartawan?

Bukankah sudah banyak yang keluar UMNO mahu pun masuk UMNO sebelum ini juga mengumumkannya secara terbuka dan di hadapan media?

Barangkali Megat Najmuddin kena rajin mendapatkan bantuan "Pakcik Google"  untuk menyemak kembali bahawa semua pemimpin yang ingin beralih angin sebelum in,  turut melakukannya secara terbuka dan di hadapan media.

Jika tidak diberitahu, bukankah lagi susah jadinya?

Kenyataan Megat Najmuddin yang mengatakan UMNO tidak akan memaafkan tindakan Saifuddin juga menimbulkan tanda tanya, bahkan mungkin beruk, kera dan lotong di hutan (meminjam ayat yang selalu digunakan oleh Yahaya Ismail) turut tertanya-tanya.

Apa yang mahu dilakukan UMNO terhadap Saifuddin selepas ini...saman malu, tuntut ganti rugi atau hukum mati?

Ini bukan soal maaf atau tidak, tetapi menyertai mana-mana parti adalah hak dan kebebasan individu. Bukannya Saifuddin keluar UMNO dengan membawa lari harta dah duit UMNO pun. Beliau keluar dengan prinsip dah keyakinan saja.

Orang kahwin dan beranak pihak pun boleh berpisah, takkanlah dalam politik tiada kebebasan seperti itu.

Hodohnya perangai kita bila pasangan kita nak berpisah, tiba-tiba kita kata tidak memaafkan tindakannya itu. Relakslah bro...
Selain itu, kenyataan Megat Najmuddin ini juga bertentangan dengan sikap terbukanya sebelum ini yang mengatakan kehadiran Saifuddin dalam persidangan meja bulat penubuhan Pakatan Harapan bukanlah suatu kesalahan, melainkan jika mengkritik UMNO.

Jika sekadar hadir, tidak mengapa. Kita juga nak tahu apa pembangkang kata dan lakukan, tegasnya.

Jika Megat Najmuddin boleh menerima kehadiran Saifuddin dalam program pembangkang, apa salahnya jika beliau terus jatuh cinta dengan PKR?

Bawa bertenang dan janganlah merepek meraban sehingga memalukan diri sendiri. (SH 16/10/2015)

1 comment:

  1. Mungkin Megat ni harapkan Saifuddin datang merayu dulu kot? Bukan ke orang UMNO yang suruh Saifuddin keluar dulu? Sekarang nak rujuk balik tak sempat sebab janda dah kahwin orang lain, bekas suami mengamuk pulak. Lagipun Saifuddin bukannya curi-curi ayam cari pasangan lain tapi tak mengaku. Dia mengaku yang dia dah fed up dan quit. Apa lagi UMNO nak?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa