Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 16, 2015

Patutlaa UMNO Selangor kata cacamarba pun!

Ada Sebab AMANAH Melaka Tangguh Penubuhan Pakatan Harapan..
16 Okt. 2015
Parti AMANAH Negara negeri Melaka (Amanah Melaka) telah mengambil ketetapan untuk menangguhkan dahulu penuhuhan Pakatan Harapan (PH) peringkat negeri Melaka susulan perkembangan politik terkini yang berlaku di dalam negara. 

Penangguhan tersebut dilakukan sementara mendapatkan jawapan dan kepastian dari AMANAH peringkat nasional berkenaan dengan kedudukan parti komponen PH yang ada menjalinkan hubungan dengan PAS sedangkan pada masa yang sama PAS telah dilihat sebagai parti yang mesra PERKASA, sebuah ngo yang bersifat perkauman dan menodokong aspirasi UMNO. 

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, AMANAH Melaka mengucapkan tahniah kepada kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana sepakat menubuhkan gabungan baharu yang diyakini membawa harapan baharu kepada kehidupan rakyat dan negara Malaysia dan juga menghormati keputusan kepimpinan tertinggi yang mengarahkan setiap negeri menubuhkan Pakatan Harapan (PH) di negeri masing-masing. 

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan AMANAH Melaka yang bermesyuarat pada malam semalam telah mengambil pendirian untuk : 
1. Memohon untuk menangguhkan penubuhan PH di peringkat Negeri Melaka

2. Penangguhan ini dipohon sebab Amanah Melaka ingin mendapatkan kepastian tentang status parti komponen PH yang mengadakan kerjasama dengan PAS: dalam masa yang sama PAS turut mengadakan kerjasama dengan Perkasa.

3. AMANAH Melaka merasakan bahawa keputusan mana-mana parti komponen PH untuk menjalin kerjasama dengan PAS yang mesra Perkasa perlu diperjelaskan kerana semua rakyat tahu bahawa Perkasa adalah NGO yang bersifat perkauman dan mendokong aspirasi Umno dalam perjuangannya. Malah, rata-rata pimpinan Perkasa adalah bekas pemimpin atau masih memegang jawatan di pelbagai peringkat dalam parti tersebut.

4. Sayugia diingatkan bahawa Perkasa telah banyak mengguris hati rakyat Malaysia dengan kenyataan dan tindakan bersifat perkauman melampau, di samping seringkali menyokong dasar pemerintahan Umno/BN yang merugikan rakyat.

5. Oleh hal yang demikian, AMANAH Melaka mengharapkan kepimpinan AMANAH Negara di peringkat Pusat dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.



# Aku tambah: 
Apa kata untuk memenangkan BN 
Biarkan PKR dengan PAS dan Perkasa/(jambatan UMNO) kalau dah PKR terasa terhutang budi sangat kepada PAS atau PKR tidak yakin pada dirinya sendiri......baik juga kalau mereka bergabung pula dengan puak-puak Jamal pak tongkol.......lagi cantik!

Dan......Amanah pula dengan DAP? 
Pada PRU14 nanti akan berlaku pertembungan besar dua atau tiga penjuru (bergantung kepada tektikal masing-masing) dan BN akan masih sombong dengan pencapaiannya. 
Biarkan rakyat kecewa!

3 comments:

  1. DAP & AMANAH prlu brtegas dgn PKR. PKR tk bole main tarik tali ngan PAS lg. Mse dh singkat utk mnghadapi PRU14. Ktepikn soal kpntingn diri Azmin, PKR prlu buat pilihn skrg.

    ReplyDelete
  2. Patutnya PKR lihat kenyataan2 yg dibuat oleh PAS. Mereka menentang Amanah...DAP.
    cuma nak berbaik dgn PKR. PKR pulak..nak makan kiri kanan.
    agak2 boleh ka sebuah perahu menyusur dgn baik kedepan?..
    yg jadi mangsa penumpang. Penumpang sure akan marah bila pengemudi buat hal.
    jangan sampai penumpang menghumban pengemudi kelaut sudah la....

    ReplyDelete
  3. Ahaa, its fastidious discussion regarding this piece of writing here at this weblog, I have read all that, so at
    this time me also commenting here.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa