Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 5, 2015

Kita pening: Pertemuan Najib-Netanyahu, siapa yang bohong?

Akhbar puji Najib kerana ‘mesra’ Israel, agama Yahudi
Published: 4 October 2015 7:28 PM
Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (kiri) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Sebuah akhbar memuji Najib apabila beliau mengiktiraf Israel sebagai ‘teman bicara sah’. – Gambar flickr, 4 Oktober, 2015.

Akhbar The Times of Israel memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dikatakan bercakap positif tentang agama Yahudi dan mengiktiraf negara itu sebagai "teman bicara sah" semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Menurut akhbar tersebut, sebelum ini pendahulu-pendahulu Najib tidak mesra terhadap negara Israel dan agama Yahudi.
"Walaupun Najib melemparkan kritikan, agak ketara pemimpin Malaysia itu bercakap positif mengenai agama Yahudi dan mengiktiraf Israel sebagai 'teman bicara sah'.
"Malaysia secara formalnya merupakan negara Islam dan beberapa pendahulu Najib tidak mesra kepada Israel dan Yahudi," tulis akhbar itu dalam artikel bertajuk "Malaysian PM calls for ‘new dawn’ in Muslim-Jewish relations".
Bekas perdana menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad di antara pemimpin Malaysia yang sebelum ini lantang mengkritik Israel kerana penjajahannya terhadap negara Palestin.
Dr Mahathir juga digambarkan media barat sebagai seorang yang "anti Yahudi" kerana kelantangannya membela rakyat Palestin.
Menurut The Times Of Israel, Najib mahu "fajar baru" dalam hubungan di antara umat Islam dan Yahudi.
"Sehubungan itu, mengambil kira pertempuran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada sambutan Rosh Hashanah atau Tahun Baharu Yahudi dan serangan ke atas penganutnya tiga minggu lalu, saya meminta kerajaan Israel mematuhi prinsip etika tertinggi agama Yahudi, dan mesej utama kitab Taurat seperti rumusan pendeta abad pertama Sebelum Masihi (SM), Hillel," kata Najib di New York, Khamis lepas.
"Ketika diminta menjelaskan kandungan Taurat, beliau dirakam sebagai berkata: 'Bahawa apa yang menjadi kebencian bagimu, jangan lakukan terhadap sesamamu'.
"Pernyataan ini, yang dikenali secara sejagat dalam kalangan semua agama sebagai Aturan Emas, boleh menjadi pemangkin terhadap permulaan hubungan baharu antara umat Islam dan Yahudi," kata Najib.
The Times of Israel turut melaporkan, Jumaat lepas aktivis di Malaysia berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman terbaharu Israel tergadap penduduk Palestin.
Jumaat lalu, lebih 1,000 orang daripada 47 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai "Himpunan Hari Kemarahan" dengan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum bagi membantah keganasan terbaharu Israel di Masjid Al Aqsa. – 4 October, 2015


Najib nafi adakan pertemuan dengan Netanyahu di PBB
DI MILAN - 04 OCT 2015

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.
"Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.
Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama tiga hari mulai Jumaat.
Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.
"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," katanya.
Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.
Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.
"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya. - sumber

9 comments:

  1. kamu lupa ke...sapa apko..penasehat beliau...

    ReplyDelete
  2. kamu lupa ke...sapa apko..penasehat beliau...

    ReplyDelete
  3. Dah budak bahalol tu munafik dan pau pau pau 2,600,000,000 rengget masok bank sendiri masih ada boleh percaya ke ???

    Common sense kan

    Mustahil Israel mau main tipu tipu

    Apa yang nak di takut kan atau di rugi kan jika Israel nak cakap benar

    Hanya bila sekongkol dengan Dajjal Agama dan Bangsa , baru betul betul ter kenal dan bebas ke sana ke sini bila dah buat taik kat tempat sarang....

    Bukan Bahalol tapi bijak banget...

    Yang bahalol tetap lah orang orang Melayu Islam

    Ini semua mana ada ikut Ajaran NABI SAW ; tau tau nak jaga perut sendiri saja pon

    ReplyDelete
  4. jawapan munafik tu...berjaga la wahai bani melayu

    ReplyDelete
  5. Di Parlemen pon dia berbohong ..... inikan pula di media .... dasar MUNAFIK

    ReplyDelete
  6. Nanti tunggu jawapan Najib, ia akan putar itu bukan saya itu macam saya tapi bukan saya. Anwar dan geng Yahudi dia buat fitnah untuk menjatuhkkan saya.

    ReplyDelete
  7. tak pa dia lagi mesra hudud dari PAN...musuh kita adalah PAN...jgn dahului tempoh gencatan senjata dgn umno...kan kata nik amario kita ada tempoh sampai hujung tahun nie...keh3...

    ReplyDelete
  8. Kita tunggu apa pendapat ulamak terkenal dalam Pas tentang isu ini.tunggguuuuuuuuu.kalau diam apa ertinya?Mungkin mereka berpendapat berbaik dengan yahudi lebah baik dari berbaik dengan DAP? waliya zubilllah.

    ReplyDelete
  9. Video CCTV pameran berlian bersama Altantunya di Singapore pun tak mengaku, sanggup gadai Tanah Keretapi Tanjung Pagar demi menutup rahsia besar. Ini kan pula perkara remeh di Persidangan PBB. Dalam UMNO, Melayu memang sudah makan tahi dengan Najib ni hinggakan perkara korupsi melibatkan bilion-bilion ringgit pun masih menyondol tapak kaki Rosmah manakala dalam PAS Melayu kena jual hidup-hidup dengan Hadi Awang (Bapa Pengkafiran Malaya) walaupun menjaja PAS setanding dengan Agama Islam, Melayu tetap makan tahi dengan golongan jual agama ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa