Published: 20 October 2015 5:16 PM
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak secara jelas tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa sehingga menyebabkan siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad terhalang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati prinsip pemisahan kuasa di antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Pada masa ini, perdana menteri sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih secara jelas tidak menghormati prinsip-prinsip ini," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya www.chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir merujuk kepada campur tangan Najib dalam siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kepada pembubaran pasukan petugas khas yang bertanggungjawab ke atas siasatan syarikat tersebut.
"Contohnya pegawai pentadbiran yang sedang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menyebabkan kerja siasatan terhenti. Penggantian mereka jelas dengan kelulusan perdana menteri.
"Pegawai-pegawai SPRM juga menghadapi situasi sama dan sekali lagi menyebabkan siasatan terhalang," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – 20 Oktober, 2015.
orang tak lupa apa yang matde penah buat dulu
ReplyDeleteapa nak heran kalau pengganti buat yang sama
kan 1tong
ingat pemimpin berat soal jawab diakhirat nanti
jangan lupa kubur sebelum ke mahsyar
Kerosakan dan kebejatan yang dilakukan oleh mahathir dan UMNO lah yang membolehkan Najib melakukan penyelewengan dan perompakan harta negara disiang hari. kerosakan sistem kerajaan yang berlaku ini bukan terjadi sewaktu Najib mula menjadi PM tetapi telah terlaksana beberapa dekad sebelumnya. Sistem kehakiman sudah tegadai. Perkhidmatan awam telah diculik dan dijadikan tebusan dan badan eksekutif telah berubah menjadi "raja bersiong" yang menghisap darah rakyat demi memenuhi kemahuan serta nafsu PM. Mahathir sekarang menyaksikan akibat dari perbuatannya sendiri. "You reap what you sow" dan yang malangnya, rakyat malaysia (terutamanya bani melayu) yang jahil berpolitik serta taksub kepada Mahathir dan UMNO menerima padah yang lebih dahsyat. Ingin mencari pesalah2 yang telah menyebabkan kerosakan sistem kerajaan Malaysia? Lihat sahaja ke cermin wahai "bani Melayu" si pemuja UMNO! Walaupun Mahathir giat ingin mejatuhkan Mahathir bersama2 rakyat, tindakannya itu tidak dapat mensucikan dirinya dari kerosakan yang dilakukannya sehingga membolehkan Najib bermaharajalela di Putrajaya.
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.
Teringat pula pada kisah pemecatan Tun Salleh Abas dan beberapa lagi hakim. Augustin Paul, Ariffin Jaka, Mokhtar Abdullah, juga telah jadi sejarah.
ReplyDeletePelik juga bila guru yang dah bersara marah kepada anak murid kesayagannya kerana melaksanakan apa yang telah diajarkan dahulu. Pelik dan ajaib atau guru ni dah nyanyuk dan lupa akan silibus yang pernah diajar!!!Fenin, feninlah ana!!!
ReplyDeletePepatah ada kata babak borek anak rintik dan bapa kencing berdiri anak kencing berlari perumpamaan ini munkin tidak ujud jika guru yang mengajar dari bayi mula mejerit ketika keluar dari rahim ibunya mereka ialah ibu dan bapa mereka fahamlah sendiri.
ReplyDelete