Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 20, 2015

1MDB: Jantankah Hassan?

1MDB: Hasan jangan jadi penakut

 | October 20, 2015
Pengerusi PAC baharu perlu meneruskan usaha Nur Jazlan untuk membawa pulang Jho Low
shahbuddin_hasan-ariffin_nur-jazlan_1mdb_600
PETALING JAYA: Tugas utama yang perlu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin ialah mengheret Jho Low pulang ke negara ini.
Ia bagi memintanya memberi penjelasan berhubung skandal yang membabitkan syarikat milik negara, 1MDB.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Hussin berkata, usaha itu perlu diteruskan kerana sebelum ini, bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pernah berjanji untuk memanggilnya untuk diambil keterangan bersama CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
“Kegagalan Hasan bertegas mengenai keperluan memanggil mereka, khususnya Jho Low untuk memberi keterangan tentu saja akan meleburkan keyakinan orang ramai, bukan saja terhadap PAC, tetapi juga kewibawaannya sebagai pengerusi jawatankuasa itu,” tulisnya di blog shahbudindotcom.blogspot.com.
Pada masa sama, dia turut menggesa Hasan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tekanan pihak lain supaya memecat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mewakili pembangkang dalam PAC semasa mesyuarat pertama badan itu nanti.
Katanya, sekiranya beliau tunduk dengan tekanan itu, rakyat akan menilai Hassan sebagai ‘pak turut’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Jika Hasan cuba membincangkan agenda untuk menukar Tony Pua dengan orang lain, tentu saja yang pertama melintas di fikiran ramai ialah beliau seolah-olah cuba untuk mengambil hati Najib mengenainya.
“Dengan itu, keyakinan orang ramai terhadap PAC dalam mencari kebenaran mengenai 1MDB juga tidak akan bermakna lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa