Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 7, 2015

Politik gila apa macam ni?

Kementerian halang DAP bantu orang kampung bina sistem bekalan air 
08:30PM Okt 06 2015
oleh Joseph Tawie

KOMEN: Arahan Kementerian Kesihatan untuk menghalang penduduk Kampung Sangai Empani di daerah Serian mendapatkan pertolongan daripada DAP Sarawak bagi membina sistem paip air graviti memang jelas bersifat politiking.
“Kementerian Kesihatan meletakkan kepentingan politik Barisan Nasional melebihi penderitaan penduduk Kampung Sungai Empani, dengan menafikan hak mereka mendapatkan bekalan air.
“Sikap pentingkan diri sendiri oleh BN ini menunjukkan mereka sanggup berbuat apa sahaja demi mengekalkan kuasa politik, walaupun dengan mengorbankan rakyat,” kata pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
MP Bandar Kuching itu merujuk surat oleh pegawai perubatan daerah Serian Dr S H Norashikin Wan Ahmad kepada pengerusi jawatankuasa paip Kampung Sungai Empani.
Surat bertarikh 28 Ogos itu menyatakan, Kementerian Kesihatan enggan memberikan kelulusan kepada penduduk kampung untuk membuat sambungan baru menggunakan dana dan tenaga kerja yang dibekalkan kumpulan ‘Impian Sarawak’ DAP Negeri.
Sejumlah 90 keluarga di kampung itu cuba menyelesaikan kekurangan bekalan air dengan mengundang Impian Sarawak, selepas sistem paip air graviti yang dibina kementerian dengan bantuan penduduk kampung dua tahun lalu gagal membekalkan air kepada semua rumah.
Ekoran perancangan buruk oleh kerajaan, sumber air yang dipilih gagal membekalkan air secukupnya, menyebabkan kampung tersebut sering berhadapan masalah bekalan air.
Masalah semakin kerap terutama ketika musim kemarau.
Akibatnya, penduduk terpaksa pergi ke sumber air yang lain walaupun setiap rumah memiliki paip.
Atas permintaan penduduk kampung, kumpulan Impian Sarawak DAP menemui sumber air yang lebih baik, dan membina paip daripada situ ke kampung.
“Melalui program gotong-royong bersama penduduk, kami telah memasang paip sepanjang 2km daripada sumber air kedua ke Kampung Sungai Empani,” kata Chong lagi.
“Namun, apabila kami mahu menghubungkan paip kepada rangkaian bekalan sedia ada dalam kampung, Kementerian Kesihatan mengeluarkan surat larangan.
“Salinan surat tersebut telah diberikan kepada Adun Kedup, YB Martin Ben,” katanya lagi.
Disebabkan surat tersebut, katanya lagi, kerja penyambungan tidak dapat dijalankan. Akibatnya, penduduk Kampung Empani terpaksa mengangkut air dari sumber tersebut ke rumah mereka.
“Kerajaan BN secara tidak munasabah menafikan hak asasi penduduk kampung untuk mendapat bekalan air di rumah mereka,” katanya lagi.
Kerajaan sememangnya perlu dipertanggungjawabkan di atas perancangan pembinaan sistem graviti yang buruk kerana tidak membuat kajian yang sepatutnya.
Chong turut mempersoalkan kementerian berhubung kos pembinaan sistem bekalan air itu.
Walaupun ia turut dijalankan secara gotong-royong, kos yang dibelanjakan berkali ganda lebih tinggi berbanding yang digunakan DAP.
“Sementara kami membelanjakan kurang RM50,000 untuk membeli paip dan bahan lain, kami diberitahu Kementerian Kesihatan menghabiskan lebih RM300,000.
“Bagaimana boleh wujud perbezaan kos yang begitu besar?” soalnya.
“Kini, tiada air yang keluar daripada sistem paip yang dibina Kementerian Kesihatan. Namun apabila Impian Sarawak menemui sumber air baru yang ada banyak air, kerajaan enggan membenarkan air di sana dibekalkan kepada paip sedia ada.”
Demi kepentingan penduduk Kampung Sungai Empani, Martin Ben sepatutnya menjadi orang pertama yang merasa gembira apabila masalah air yang menjejaskan kampung berjaya diselesaikan Impian Sarawak.
Namun beliau sebaliknya mengecam projek tersebut tanpa memberikan alternatif lain. Ini di sebalik fakta yang kerajaan BN telah meluluskan RM1.155 bilion bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk tahun ini, bersamaan kira-kira RM20 juta bagi setiap kawasan DUN di Sarawak.
“Soalan saya yang selanjutnya kepada Ben adalah: Ke mana dana MRP bagi Kedup pergi?” soal Chong.
Beliau menasihati Adun itu agar menyelesaikan masalah air dalam masa dua hari. Jika gagal berbuat demikian, DAP Sarawak akan membangkitkan isu tersebut kepada autoriti yang lebih tinggi.
Chong bagaimanapun tidak mengulas panjang tentang apa yang dimaksudkannya dengan “autoriti yang lebih tinggi”

3 comments:

  1. Admin, kalau nak buat penyambungan air kena ada kelulusan dari jabatan air bukan boleh suka-suka sambung macam tu je, kena ada pakar dalam bidang piping dan berlesen, DAP nak tunjuk kat orang kampung bahawa mereka prihatin tapi sebenarnya DAP menyusahkan orang kampung, kalau betul DAP nak bantu mintalah kelulusan dari kementerian dulu, cari kontraktor yang berlesen. Admin kena siasat dulu sebab apa kementerian halang DAP, mesti bersebab bukan politik gila. Asal DAP je semua molek dimata admin, kalau PAS semua tak betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas dulu betul..pas sekarang main kona2..

      Delete
  2. Bila Ketua Besar sidah jadi Bahalol , bebudak gomen pon ikut emosi Bahalol jugak

    Kerja sudah malas tau tau nak Pau Pau Pau saja

    DAP ada duit nak buat kerja tolong Rakyat tak di bagi pulak , terus ikut emosi pulak bebudak gomen nih....


    Nak Pau Pau Pau lagi lah kot.... Bofoh saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa