Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 7, 2015

Undi tak percaya: Apa muslihat PAS?

Takiyuddin masih lagi menyebut pakatam pembangkang
Bukankah PR sudah dikuburkan?
Kalau pakatan harapan, PAS bukan salah satu dari ahlinya
Jadi mungkin dengan cara memaksa Wan Azizah mengadakan perbincangan bermakna pakatan harapan mengiktiraf PAS sebagai rakan penting kepada pakatan harapan dan begitulah PAS mahukan rakyat nampak
Jadi nampak tak PAS berjuang untuk servival politik dan kuasa bukannya utamakan kepentingan rakyat

Undi tak percaya, PAS mahu diadakan perbincangan


PAS hanya akan menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.
Setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata sebagai pakatan pembangkang, pihaknya sentiasa bersama untuk melihat usul itu.
Bagaimanapun, menurut Takiyuddin yang juga ketua whip PAS, parti itu terbuka untuk berbincang mengenainya tetapi biarlah ia dilakukan secara teperinci.
“PAS terbuka untuk berbincang, namun terlalu awal untuk menyokongnya kerana kita mahu tengok dahulu usul tersebut. Apakah sekadar mahu PM letak jawatan.
“Bagi PAS kita lebih suka ketua pembangkang mengadakan perbincangan mengenai usul tersebut.
“Kita kena bincang sampai habis, siapa akan ganti perdana menteri? Adakah saya,” katanya kepada Malaysiakini dalam nada bergurau.
Sementara itu ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh berkata secara prinsipnya parti Islam itu bersetuju dengan apa saja langkah yang bertepatan dengan Perlembagaan negara.
“Sehingga kini kami tidak dimaklumkan adanya usul tersebut. PAS hanya akan memutuskan bila mana adanya perbincangan berhubung perkara tersebut.
“Secara prinsipnya PAS bersetuju apa jua langkah yang bertepatan dengan peruntukan perlembagaan negara dan mengikut prosedur
perundangan,” kata Nuridah kepada Malaysiakini,
PKR dilaporkan sebagai berkata Wan Azizah, yang juga presiden parti itu, akan membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sesi Parlimen yang akan datang Parlimen yang bermula pada 19 Oktober
DAP telah mengumumkan bahawa ia akan menyokong usul itu.
Dengan hanya 88 daripada 222 MP di Dewan Rakyat, pembangkang tidak mempunyai majoriti untuk mendesak sebarang undi tidak percaya terhadap Najib.
Pakatan pembangkang baru, Pakatan Harapan, yang tidak termasuk PAS, mempunyai 72 Ahli Parlimen.
Sebelum itu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu hanya akan mengalahkan Najib melalui kaedah yang "sihat".

5 comments:

  1. Abe

    Nak bincang pasal undi xpercaya? Helah PAS yang terkapai2 mencari rel3vensinya dalam percaturan politik hari ni je.

    PAS xkan sokong undi xpercaya di parl8men nanti. Hakikatnya UMNO dah pegang batu pelir PAS sekarang dimana kerajaan PAS Kelantan sudahpun berhutang sebanyak RM 100 juta dgn kerajaan pusat. Hutang ini hanya untuk buat belanja pengurusan pentadbiran negeri.

    PKR buqt xtahu je lah, itu l3bih baik.

    ReplyDelete
  2. lu nak undi lu undi lah. lu tak nak pun tu lu punya hak.

    apa kena mengena PKR dgn pas?

    sudah khianat masih lg nak berlagak!

    ReplyDelete
  3. Dahulu aku lihat muka-muka pemimpin PAS ini sejuk dan macam orang alim dan warak tetapi sejak mereka membuat onar dan asyik mengeluarkan kenyataan yang seperti melawan kehendak rakyat majoriti dan menjadi lebih UMNO dari UMNO, maka sebiji-sebiji muka mereka aku lihat macam babi tunggal yang bersiong sahaja.

    ReplyDelete
  4. Hadi Awang ini asyik mengeluarkan kenyataan yang merugikan dan menindas rakyat sahaja maka apa salahnya kita gelarkan beliau Presiden Babi sahaja. Itu amat sesuai bagi ulama munafik yang kerja lamanya asyik mengkafirkan ahli UMNO tetapi kini tak habis-habis mahu mencium jubur UMNO sahaja (tak salahkan kerana beliau pun suka kalau anjing salak "beliau" dalam bukit?)

    ReplyDelete
  5. Bincang dengan PAS???
    Buat buang masa sahaja. Lu tak percaya, itu lu punya fasal.
    Adakah Hadi Awang akan turut hadir sama dalam perbincangan tersebut?????
    Jika jawapannya ya, kluk klek kluk klek U-Turn.
    Jika jawapannya tidak, lebih molek tak usahlah diadakan perbincangan itu, nanti tak fasal-fasal kena veto oleh ulamak su' sorang ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa