Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 16, 2015

Seruan yang tidak bermakna di Malaysia

Menteri pendidikan perlu berundur kerana kehilangan pelajar Orang Asli 
09:30PM Okt 15 2015
oleh Mariam Mokhtar

SEKILAS PANDANG:   Kekecohan kehilangan anak-anak Orang Asli, dan misi menyelamat dan mencari yang kelam kabut, membuktikan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid tidak layak memegang jawatan dan perlu meletakan jawatan.
Kanak-kanak Orang Asli bukan sekadar melarikan diri, dari sebuah neraka yang mengurung. Mereka benar-benar ketakutan. Jawapan kepada kehilangan mereka terletak dalam empat dinding asrama sekolah.
Kisah layanan buruk kanak-kanak Orang Asli, serta pengabaian dan peminggiran pelbagai komuniti Orang Asli, telah dibongkarkan sebelum ini.
Mahdzir sekali lagi cuba untuk mengalihkan perhatian. Dia membazir masa. Kita perlu menumpukan perhatian kepada apakah yang sebenarnya berlaku di SK Pos Tohoi, yang menyebabkan tujuh kanak-kanak muda melarikan diri.
Kebanyakan kanak-kanak akan takut untuk bermalam dalam hutan, tanpa kehadiran orang dewasa, kewujudan khemah yang selesa, dan kemudahan lain. Walaupun tidak selesa dan bahaya yang menanti, kanak-kanak ini enggan kembali ke sekolah.
Apakah yang berlaku dalam asrama sekolah itu, sehingga mencetuskan keputusan tragik mereka untuk lari? Adakah para guru, cikgu besar, rakan sekolah lain, atau kakitangan bukan akademik?
Saya mengenali seorang remaja, yang memasuki sekolah asrama Mara, dan menjadi sasaran seorang guru, yang akan menantinya, di tangga dan menumbuk perutnya. Guru itu sangat berhati-hati tidak meninggalkan lebam dan cedera.
Budak lelaki itu mengadu kepada ibubapanya, yang melaporkan guru tersebut kepada pengetua. Ibubapa itu cuba memindahkan anak lelaki mereka, tetapi diberitahu yang “prosedur” mengambil masa berbulan.
Nasib yang lebih buruk menanti remaja itu, ketika dia kembali, ke sekolah, untuk penggal seterusnya. Kali ini, guru pembuli dan rakan-rakannya mengancam pelajar itu.
Budak lelaki dan kawan-kawannya diberikan amaran sekiranya berita ancaman itu tersebar, semua mereka akan dibelasah.
Ibubapa budak lelaki itu ingat yang anak lelaki mereka sudah okay kerana dia tidak mengadu lagi. Hari ini, budak lelaki itu hanyalah bayangan bekas dirinya sebelum ini, dan dia hilang minat dalam pengajiannya. Sekiranya ini boleh berlaku kepada seorang budak lelaki Kuala Lumpur, berasal dari keluarga Melayu kelas menengah, mempunyai ibubapa yang berpendidikan, fikirkan pula apakah masalah yang dihadapi oleh keluarga Orang Asli itu, cuba mendapatkan keadilan untuk anak-anak mereka, jauh daripada bandar.
Pengumuman oleh Mahdzir, untuk menubuhkan jawatankuasa khas, sudah terlalu lewat. Tambahan pula, dua kementerian lain turut bertanggungjawab.
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Azizah Mohd Dun,  daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, mendakwa yang “pihak berkuasa tidak pernah berhenti mencari tujuk kanak-kanak itu”.
Jadi, mengapa mereka mencari kanak-kanak itu di kampung Orang Asli, terletak jauhnya 41 km? Kanak-kanak itu dijumpai kurang satu kilometer daripada sekolah.
Tujuh minggu selepas kehilangan, pada 9 Okt, Azizah berkata yang kementeriannya akan menawarkan kaunseling dan bantuan kewangan, kepada keluarga, hanya “sekiranya semua itu diperlukan”. Sangat kejam untuk meletakan syarat.
Pada 12 Okt pula, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Rohani Abdul Karim mendakwa yang keluarga terlibat sudah diberikan bantuan. Jadi sekarang, siapa yang betul?
Akhirnya, mengapa Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Kawasan Ismail Sabri Yakob berdiam diri. Dia terkenal kerana menyalahkan perniagaan milik Cina kerana kegagalan usahawan Melayu. Jadi, siapa pula yang akan dipersalahkan kali ini?
Ketiga-tiga menteri ini, Mahdzir, Ismail Sabri dan Rohani, perlu meletakan jawatan, kerana gagal menjalankan tugas mereka.
Mahdzir menghalang kita daripada mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku di sekolah ini. Selaku menteri, dia perlu bertanggungjawab kepada apa yang berlaku di kawasan jauh dalam hutan pendalaman Kelantan ini.
Dua daripada tujuh pelajar yang hilang sudah ditemui selamat sementara dua lagi disahkan sudah meninggal dunia. Rangka dua kanak-kanak lagi belum disahkan, dan seorang masih hilang.
Seseorang perlu dihukum kerana kematian kanak-kanak ini.

2 comments:

  1. Telah ku bilang sebelum ini
    Perangai orang UMNO, kalau tidak menguntungkan, wajib buat dono
    Nak harapkan PAS, benar-benar haprak lagi hamPAS
    Lebih baik layan dengki pada geng tak sebulu
    Bagi orang UMNO, orang asli ni hanya berguna nak kan undi
    Selain dari itu, buat apa mereka nak peduli!!!

    Itu sahaja.

    ReplyDelete
  2. Mana ada tanggung jawab punyea bangsa pon

    Biasa saja lah

    Kesian Rakyat tanggung gaji ealoun pencen sampai jumpa Izrael.....

    Hidup TUN !!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa