Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 15, 2015

Beberapa pertanyaan dan penjelasan yang sifatnya bersedia dikritik dan ditegur

ARTIKEL INI AGAK PANJANG TETAPI MENGANDUNGI BEBERAPA PERTANYAAN DAN PENJELASAN YG SIFATNYA BERSEDIA UTK DIKRITIK DAN DITEGUR.

Semenjak PAS berpecah dan tertubuhnya PARTI AMANAH NEGARA ,berbagai istilah baru dilontarkan ketengah masyarakat dan beberapa NAMA telah diangkat sebagai sandaran HUJAH untuk pertahankan tidakkan masing-masing demi menghalalkan hukuman yg dijautuhkan.

Dari BINATANG hinggalah kepada istilah semasa dilontarkan kepada yg tidak sebulu dengan hasrat GELARAN itu adalah bertujuan untuk dilekatkan ditubuh yg dituduh dan seterusnya menjadi sebutan dari masyarakat untuk DIRI yg menerimanya. Dakwah cara baru?

Nama yg agak TERKENAL diUCAPKAN saban waktu sebagai penguat hujah ialah Abdullah bin Ubai. Siapa sebenarnya Abdullah bin Ubai?

Al-Quran telah memberi gambaran yang jelas tentang orang munafik. Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin mengenali puak munafik yang ada di dalam masyarakat mereka. Mereka dapat menunjukkan dengan jelas bahawa Abdullah bin Ubai adalah pemimpin puak munafik. Keterangan yang telah diberikan oleh al-Quran memberi manfaat bagi kaum Muslimin dalam mengawasi pergerakan puak munafik agar perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan kaum Muslimin dapat dipelihara. Umat Islam yang datang kemudian mestilah memerhatikan petunjuk daripada al-Quran bagi mengenali musuh-musuh mereka.

Puak munafik terdiri daripada orang-orang yang sangat licik. Mereka hidup bersama-sama orang Islam, mengaku sebagai orang Islam dan melibatkan diri dalam kegiatan kaum Muslimin, malah mereka merasakan yang mereka lebih Islam daripada orang-orang Islam yang lain. Memang sukar untuk mengenali hati yang munafik, sedangkan mulutnya mengucapkan dua Kalimah Syahadah dan anggotanya melakukan ibadat bersama-sama kaum Muslimin yang lain. Orang munafik bergerak di dalam masyarakat orang Islam, sebagai orang Islam dan menggunakan ajaran Islam. Orang munafik melakukan apa yang sudah dibuat oleh kaum Yahudi dan Nasrani, iaitu mengubah maksud kitab Allah dan meminda syariat Islam. Mereka mengadakan tafsiran al-Quran menurut cara mereka sendiri. Puak munafik adalah ilmuan yang mengeluarkan al-Quran tiruan dan Hadis palsu, terutamanya dalam soal yang bersangkutan dengan akidah dan kebatinan.

Orang munafik menipu Allah dan Allah pun (balas) menipu mereka. Dan apabila mereka berdiri kepada sembahyang mereka berdiri dalam keadaan malas. Mereka menunjuk-nunjuk kepada manusia dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit. Keadaan mereka terumbang ambing di antara yang demikian itu, tidak kepada mereka itu, tidak kepada mereka ini; kerana barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidak akan engkau dapat satu jalan (keselamatan) baginya. ( Ayat 142 – 143 : Surah an-Nisaa’ )
Antara yg digambarkan didalam Al-Quran.

Apa isunya kini?

PAS bukan sebuah AGAMA. Itu jelas diakui oleh pendokong PAS dan juga penentang kepada perjalanan politik PAS. Apakah dengan KELUAR dari PAS atau tidak menyertai PAS maka MUNAFIKLAH sifatnya? Apakah Alasan MUNAFIKnya Abdullah bin Ubai maka MUNAFIKLAH mereka yg keluar dari PAS? Jika itulah alasannya,Apakah mereka yg mengisi kuasa di MAJLIS SYURA ULAMA PAS telah MEMBUTAKAN matanya kerana membenarkan PERLEMBAGAAN PAS di FASAL 15 terus digunakan?

Jika KELUAR dari menjadi ahli PARTI POLITIK ISLAM SEMALAYSIA ITU sifatnya sama dengan Abdullah bin UBAi,bagaimana pula dengan FASAL 15 yg tidak pun melihatnya satu kesalahan dan sifatnya tidak sehingga boleh digelar pengkhianat atau ianya menjadi satu kesalahan walhal membiarkan fasal itu wujud bermakna menghasilkan dengan bebas seseorang yg boleh digelarkan sebagai MUNAFIK?

Laki-laki munafik dan perempuan munafik yang sebahagian mereka adalah dari yang sebahagian, mereka menyuruh yang munkar dan melarang dari yang makruf dan mereka genggamkan tangan mereka (bakhil). Mereka telah melupakan Allah dan Allah pun melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itu adalah orang yang fasik (melewati batas). ( Ayat 67 : Surah at-Taubah )

Apakah keluar PAS bermakna mereka itu tidak lagi beriman dengan Allah dan RASUL? Pas bukan agama,apa kena mengena dengan soal akidah seseorang? Apakah golongan yg meninggalkan PAS tidak lagi beriman dengan Allah dan Rasul?

MUNAFIK ada dimana-mana dan PAS tidak KEBAL dari adanya MUNAFIK yg memunafikkan org lain!

Jika keluar PAS itu adalah Abdullah bin Ubai sifatnya,yang menghalau dan menghasilkan  Abdullah bin Ubai itu dalam skala yg besar bagaimana pula kedudukan beliau?

FASAL 15. Keberhentian Ahli

1. Keberhentian ahli ialah disebabkan:

1. Permintaan sendiri
2. Dipecat
3. Mengisytihar diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain.

2. Seseorang ahli bolehlah memaklumkan keberhentiannya daripada menjadi ahli dengan bersurat kepada Setiausaha Agung, dan sesudah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat, maka Setiausaha Agung hendaklah memberitahu keberhentian ahli yang berkenaan itu kepada PAS Kawasan yang bersangkutan beserta salinannya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.

1. Pemecatan seseorang ahli itu bolehlah dilakukan apabila terbukti ianya telah melanggar Perlembagaan PAS, Aturan dan Peraturan serta arahan-arahan, dan keputusan-keputusan parti, atau telah melakukan sebarang perbuatan yang berlawanan dengan kepentingan parti atau menyalahi tatatertib parti.

2. PAS kawasan dan/atau Perhubungan-perhubungan negeri bolehlah mengemukakan cadangan untuk memecat seseorang ahli kepada Setiausaha Agung bagi dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS.

3. Seseorang ahli PAS yang terlucut kewarganegaraannya maka dengan sendirinya ia terlucut daripada menjadi ahli PAS.

4. Kecuali ahli yang dipecat mengikut Fasal 82(9), seseorang ahli yang dipecat daripada menjadi ahli PAS, bolehlah mengemukakan rayuannya kepada Setiausaha Agung untuk dibawa ke dalam pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan syarat rayuan itu hendaklah dibuat dalam tempoh tidak lewat dari tiga puluh hari dari tarikh pemecatannya.

5. Seseorang ahli yang dipecat daripada menjadi ahli PAS mengikut Fasal 82(9), bolehlah mengemukakan rayuannya terus kepada Setiausaha Majlis Syura 'Ulamak untuk dibawa ke dalam pertimbangan Majlis Syura 'Ulamak dengan syarat rayuan itu hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh pemecatannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

6. Seseorang ahli itu boleh dikenakan tindakan pemecatannya jika ia tidak menafikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung akan sebarang maklumat, khabar atau berita mengenai pengisytiharan dirinya keluar PAS atau menyertai parti politik lain dalam tempoh tiga puluh hari dan tarikh surat meminta penjelasan kerananya daripada Setiausaha Agung ke alamat terakhir ahli yang berkenaan diketahui.

Dimana dan ayat mana dalam perlembagaan PAS yg mengatakan keluar PAS itu MUNAFIK dan berdosa sifatnya seperti mencabut ISLAM dilehernya? TIDAK PUN WUJUD DIMANA FASAL PERLEMBAGAAN PAS YG MEWAJIBKAN ANGGUK DAN TIDAK BOLEH BERBEZA PENDAPAT. TIDAK PUN DIKATAKAN ITU SATU DOSA dari sudut perlembagaan PARTI mahupun ada NAS SYARIE  yg mengatakan begitu?

NYAMUK MENGGIGIT

2 comments:

  1. aku baru jer digelar "diserapi oleh doktrin Kristian" oleh seorang hamba Allah yang berjanji akan menetang habis-habisan pengkhianat yang tidak wala dengan Presiden PAS.. of course, mantan ahli PAS ler

    hihihihi

    Jadi tulisan di atas ni bermanfaat menambah ilmu menjelaskan mereka ni menggunakan lutut dan siku untuk berfikir.


    ReplyDelete
  2. jika benar mereka di sisi yang benar dan hanya mereka sahaja yang benar, amati reaksi Nik Abduh bila Kamaruddin Jaafar masuk PKR



    PAS hari ini menyatakan rasa kecewa dengan tindakan sekutu politik mereka PKR yang menerima penyertaan bekas setiausaha agung mereka Datuk Kamaruddin Jaafar.

    Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu selalu berpegang dengan pendirian tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat atau pemimpin daripada sekutu mereka.

    "Sikap PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kita tidak akan terima mana-mana ahli pemimpin atau wakil rakyat yang daripada rakan politik (yang ingin lompat parti) masuk dalam PAS.


    "Ada kes sebelum ini, tapi kita tangguh kemasukan demi menjaga hubungan dalam PR," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini.
    Menurut ahli Parlimen Pasir Mas itu, biarpun PAS berasa terkilan dengan tindakan PKR, parti Islam itu kekal dengan prinsiptidak akan menerima wakil rakyat lompat parti.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kecewa-pkr-terima-kamaruddin-jaafar#sthash.Db53gyJN.dpuf

    Perenggan ketiga menyatakan sikap mereka yang tidak akan menerima mana-mana wakil rakyat dari rakan sekutu.

    soalan
    Adakah jika mereka benar dan berpegang kepada kebenaran, maka menafikan atau menangguhkan kemasukan seseorang ke dalam kebenaran , tidakkah mereka ini zalim?

    Sebab mereka tahu, ini hanyalah wadah, bukan akidah yang menentukan iman dan kufur seseoang


    ...masih tertutup ke akal orang PAS ni?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa