Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 19, 2015

Statements Khalid: Adakah UMNO mengerti?

Sebelum ini ada aku tergerak nak berikan komen tentang ini
Tapi terlalu sibuk dengan urusan saudara yang sedang sakit dan sebagai
Jadi aku tangguh dulu..........tup..tup....keluar article ni ari ni......
Jadi aku rasa lebih kurang sama dengan apa yang aku nak katakan......

Giliran rakyat pula sekolahkan Umno
Sheikh Omar Ali  : 

Tahniah kepada MB Johor Datuk Seri Khaled Nordin atas cadangan agar Umno didukung oleh pemimpin yang baik, boleh diteladani dan profesional.
Dengan kata lain, Umno sekarang ini didukung oleh pemimpin yang rosak, tidak berakhlak dan tidak profesional.
Persoalan saya, apakah Umno mampu merealisasikan hasrat diutarakan MB Johor? malaysiakini.com/news/315967
Berhubung soal kepimpinan yang baik dan boleh diteladani, rakyat sendiri sudah dapat melihat bahawa kepimpinan tertinggi Umno sendiri pada hari ini dipalitkan dengan pelbagai skandal dan permasalahan.
Dalam isu 1MDB misalnya, pemimpin nombor satu Umno sendiri tidak dapat menangkis pelbagai tuduhan dan kritikan dikemukakan oleh pelbagai pihak terhadap dirinya. Keadaan ini dikhuatiri meruntuhkan keyakinan rakyat dan bakal menggadaikan masa hadapan negara.
Lihat sahaja dari persoalan dikemukakan pihak pembangkang, kemudian munculnya tokoh veteran Umno seperti Tun Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, selain tokoh MCA, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Tee Keat.
Peringatan dari Majlis Raja-raja Melayu pada 6 Oktober 2015 lalu berkaitan isu 1MDB dan keadaan politik, ekonomi dan sosial yang tidak tentu arah 1MDB dan memperlihatkan bahawa kerosakan Umno sudah menjadi barah serius.
Namun dalam keadaan begini, majoriti para pemimpin Umno masih mengambil sikap berdiam diri seakan-akan bersekongkol dengan kepimpinan yang tidak amanah.
Saya mengambil contoh langkah yang diambil oleh bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR minggu lalu.
Beliau seorang yang dikenali bersih dan profesional semasa berada dalam Umno. Saya sendiri mengenali beliau secara dekat semasa terlibat dalam aktivisme kampus.
Antara jasa beliau adalah meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) untuk memberikan ruang aktivisme yang lebih wajar kepada mahasiswa.
Namun beliau akhirnya meninggalkan Umno kerana Umno enggan berubah.
Kritikan akar umbi enggan didengari dan tiada pembaharuan dalam pucuk pimpinan. Perjuangan beliau yang ingin membawa perubahan besar dalam politik dan reformasi institusi tidak disambut baik oleh Umno.
Dalam keadaan begini, saya lontarkan semula persoalan kepada MB Johor; apakah lagi harapan yang boleh diberikan kepada Umno?
Apakah saranannya agar parti tersebut didukung oleh pemimpin yang baik, boleh diteladani dan professional dibuat?
Ianya bagi saya tidak lebih sekadar harapan palsu yang ingin diperlihatkan kepada rakyat agar terus memberikan kepercayaan kepada Umno sedangkan Umno itu sendiri ibarat penghidap barah yang sedang menunggu mati.
Ia juga seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi.
Menurut kajian Merdeka Centre yang dilaporkan akhbar Straits Times Singapura, tahap sokongan pengundi Melayu dan Cina terhadap kerajaan hari ini menurun kepada masing-masing 31 peratus dan 5 peratus berbanding 52 peratus dan 11 peratus pada Januari lalu.
Manakala keseluruhan tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan hanyalah pada angka 23 peratus di samping hanya 17 peratus sahaja rakyat yang berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan ekonomi negara.
Saya amat pasti, faktor sebeginilah yang menyebabkan Khaled mula memikirkan suatu saranan drastik perlu dibuat untuk menyelamatkan Umno.
Saya tiada masalah dengan itu.
Namun bagi saya, Khaled sepatutnya melontarkan saranan tersebut sejak dahulu lagi, bukan selepas Umno dan pemimpinnya terjerut dengan ketamakan dan salahguna kuasa yang menghakis keyakinan rakyat.
Sepatutnya kali ini ialah giliran rakyat pula untuk sekolahkan Khaled dan Umno dengan menolak mereka daripada terus memimpin dan memusnahkan masa hadapan Malaysia.

1 comment:

  1. Khalid sudah sedar dari mimpi BILYON BILYON nya

    Khalid nak ikut Ssifuddin sudah

    Bukan semua orang nak mati di kapan duit duit BILYON BILYON

    Alhamdulilah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa