Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 19, 2015

Mapus gi lah Mung.....selain wala'un ada lagi sesiapa nak percaya?

Bahasa tajuk tu kasar sikit, tapi aku dah padan dengannya.......
bagi orang Terengganu bukannya kasar sangat!


Undi Tak Percaya Kepada Najib: Lagi U-turn Dari Presiden PAS
Tiada ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk PAS sokong undi tidak percaya Najib

PAS tidak memberikan sebarang kata dua sama ada akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun beberapa pemimpin parti Islam itu menyatakan kesediaan untuk menyokong usul itu.

"Kita tunggu dan lihat dan sama ada perlu lakukannya," kata presiden PAS itu ketika ditanya berkenaan usul yang dikemukakan pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian apabila Parlimen bersidang semula hari ini.

Kenyataan Hadi itu bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin dilaporkan berkata, ahli Parlimen PAS akan menunggu arahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.

"Kita akan menantikan perkara ini dibentangkan di Parlimen. Kita bergantung kepada ketua pembangkang, Dr Wan Azizah untuk membuat keputusan. Kita tengok dulu. Undi tidak percaya sebahagian daripada prosedur Parlimen dan kita sokong undi itu."


Pada 31 Julai, Hadi berkata, PAS tidak akan menyokong sebarang usul tidak percaya terhadap Najib.

Notis yang dikemukakan Hee merupakan item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan apabila Dewan Rakyat mula bersidang untuk mesyuarat ke-3 bagi penggal ke-3 Parlimen ke-13, Isnin ini.

Hee menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul itu, termasuk derma RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya.

"Dewan ini mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan penerimaan 'wang derma' berjumlah RM2.6 bilion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk menyaman akhbar The Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperoleh daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.

"Dengan tidak menjelaskan mengapa 'wang derma' ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku di mana 'special task force' yang sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat 4 anggota PAC yang terbabit dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri oleh perdana menteri, pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan, timbalan pengarah SB dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa diberi tugasan," menurut notis itu

Hee berkata disebabkan masalah yang dinyatakan, Najib menjejaskan imej negara di mata dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat. –TMI
PAS janji sokong undi tidak percaya PM

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan menyokong sekiranya undi tidak percaya terhadap perdana menteri dibawa ke parlimen dalam persidangan kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu bagaimaapun berkata, PAS akan menunggu terlebih dulu untuk melihat jika usul berkenaan benar-benar dibawa ke parlimen.

"Kita tunggu perkara ini dibentang di parlimen dulu. Ia terpulang kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya kepada media malam ini.

Beliau ditemui Beliau di dalam program Himpunan Fastaqim (H60K) di Stadium Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan.

Takiyuddin berkata undi tidak percaya merupakan sebahagian daripada prosedur dibenarkan dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Dan kita akan menyokong undi tidak percaya," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendekatan "tunggu dan lihat" berhubung sekiranya undi tidak percaya di bawa ke parlimen dalam sidang kali ini.

"Kita akan lihat terlebih dahulu. Tunggu dan lihat apa kewajaran (undi tidak percaya)," katanya.

Ditanya lagi adakah wajar undi tidak percaya dibawa ke Parlimen, Abdul Hadi berkata: "Kita akan lihat kewajarannya."
- mk

ULASAN GB

Entah sudah berapa kali uturn dilakukan oleh presiden PAS terhadap keputusan yang disebutkan oleh AJK Tertinggi PAS yang lain terhadap sesuatu isu, kita pun tak tahu.

Semenjak golongan progresif masih berada di dalam PAS lagi, Presiden PAS sentiasa melakukan uturn terhadap keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh AJK Tertinggi PAS.

Malah di dalam tahun ini saja di dalam kes penyertaan BERSIH 4.0. Timbalan presiden menyatakan PAS akan turut serta, tetapi dipusingkan oleh presiden PAS, PAS tak sertai BERSIH 4.0.



Ketika itu GB mengulas begini, petikan:
Seringkali PAS menyatakan ia sentiasa berpegang dengan slogannya…”Beristiqamah Sehingga Kemenangan” .. namun sekarang nampaknya slogan sudah tinggal slogan.

PAS gagal beriistiqamah dengan pendirian Presidennya untuk tidak menyertai demonstrasi.
Kini di dalam isu undi tidak percaya kepada PM, Setiausaha Agung PAS kata "PAS janji sokong undi tidak percaya PM" tetapi dipusingkan oleh Presiden PAS yang sentiasa menggunakan kuasa vetonya menyatakan "Tiada ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk PAS sokong undi tidak percaya Najib".

Presiden PAS seperti ada agenda tersembunyi dengan UMNO. Setiap kali keputusan dikeluarkan oleh AJK Tertingginya baik Timbalan Presiden atau Setiausaha Agungnya, maka presiden PAS akan memusingkan keputusan itu.

PAS tidak memerlukan lagi AJK-AJK yang lain untuk membuat keputusan. Tiada lagi sistem syura digunakan, tetapi hanya bergantung kepada "apa yang Presiden cakap".

Perintah Al-Quran di dalam Surah asy-Syura [42] "wa amruhum syura bainahum" (urusan mereka [diputuskan] dengan musyawarah di antara mereka) telah terus diketepikan.

Oleh kerana Presiden tidak perlu kepada mesyuwarah, maka Allah swt telah mengambil kesemua golongan progresif yang pernah menjadi AJK PAS Pusat untuk keluar dari PAS lalu dibimbing Allah swt untuk membentuk sebuah parti Islam baharu, AMANAH namanya.

Berbeza dengan PAS, keputusan yang dibuat oleh AJK AMANAH adalah secara kolektif, secara syura tidak di tangan Presiden seorang. Malah AMANAH ada Penasihat Umumnya, iaitu dua orang ulama terkemuka di dunia, iaitu Ust Ahmad Awang dan Ust Abd Ghani Shamsuddin yang akan memberikan nasihat terutama dalam hal-hal yang bersangkutan dengan syariat dan hukum.

Dr. Hassan Huwaidi di dalam kitabnya, "Syura Fil islam", menyatakan: "Satu jemaah yang bermesyuwarah itu lebih terjamin untik mendapat petunjuk di dalam urusan mereka".

Di dalam PAS kini, definisi tradisional mengenai wala' lebih sangat menghampiri taksub dimana Presiden atau ulamak tidak boleh dikritik. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Baca kisah ini:
Dalam sejarah perkembangan Islam, tradisi kritik bukanlah sesuatu yang asing. Suatu hari, saat bergerak menuju medan perang Badar, Rasulullah memutuskan kepada pasukannya untuk berkemah di kawasan sumur pertama yang mereka temui. Tak ada satupun dari para sahabat yang “berani” menolak perintah dari Rasulullah tersebut. Hingga seorang sahabat yang dikenal sebagai pakar strategi perang bernama Khabab bin Mundzir berdiri seraya berkata:

"Wahai Rasulullah, apakah penentuan posisi tersebut adalah wahyu dari Allah? Atau hanya berdasarkan strategi perang yang merupakan pendapat anda?”

"Oh bukan sama sekali ya Khabab. Tempat ini kupilih berdasarkan pendapatku semata,” jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum," jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin boleh menang di dalam pertempuran dengan orang-orang Quraisy Mekah.
Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"... inikan pula baru menjadi presiden.

Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata:Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan.... tak kira betapa tinggi pun jawatan di atas dunia ini, dia akan pasti menerima hukumanNya apabila merasakan dirinya lebih hebat dari Al-Quran yang memerintahkan supaya syura itu diutamakan. GB yakin denganNya.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa