“Sebaik turun, saya mendapati air sungai terlalu dalam dan deras sehingga rakan setugas saya hampir dihanyutkan,” katanya.

Beliau yang terlibat dalam operasi berkenaan sejak 51 hari yang lalu, berkata ketika ditemui mayat itu masih dalam keadaan sempurna.

Katanya, hanya berbau sedikit saja mungkin berada di dalam air terlalu lama.

“Mayat berkenaan juga dalam keadaan pucat, dan mukanya terendam di dalam air,” ujarnya.

Tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang itu dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lalu kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, hanya Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, berjaya ditemui pasukan penyelamat.

Namun, polis telah mengesahkan Sasa Sobrie, 8; dan Ika Ayel, 9, meninggal dunia manakala dua rangka kanak-kanak yang ditemui belum dikenal pasti melalui ujian DNA manakala satu lagi masih hilang.
Mereka yang terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8, dan  Haikal Yaakob, 8.