Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 14, 2015

Heran dan pelik ker?

Kankah Hadi sendiri adalah seorang pemimpin yang pelik?
Apa pun eratkan silaturahim itukan baik?
Hadi mengiakan sumpah seranah dan fitnah Brehem terhadap Almarhum Nik Aziz dan PAS sebelum ini?
Dah sama-sama jadi Melayu!
Apa-apa pun yang Hadi lakukan puak-puak wala'un akan sokong dan akur

PAS-PERKASA kerjasama, Hadi-Ibrahim berpelukan


PAS hari ini mengumumkan parti Islam itu kini bersetuju bekerjasama dalam tiga isu dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.
Perkara tersebut diumumkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selepas mereka bersetuju beberapa perkara termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Kedua-dua pihak itu juga sepakat menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.
Dalam kenyataan bersama itu Abdul Hadi berkata kedua-dua isu kritikal ini mempunyai kesan yang serius kepada rakyat Malaysia.
"Kami bimbang bahawa penggunaan Sosma dalam kes ini boleh dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa serta bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.
"Kami menggesa kerajaan untuk menjadi telus dan tidak berbohong mengenai isu TPPA kepada orang ramai," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Tujuh tokoh penting BN, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan sidang media bersama menolak penahanan itu.
Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) disalah guna terhadap pengkritik selepas Khairuddin membuat laporan di peringkat antarabangsa berkaitan dakwaan skandal 1MDB.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menjelaskan Khairuddin dan Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya bawah Sosma.
Sementara itu, ketika bergambar, Ibrahim turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.
Tak sejajar dengan parti sekular
Sementara itu, Ibrahim berkata beliau gembira dengan kerjasama tersebut di mana kedua-dua pihak dapat melakukan aktiviti bersama selain menyokong perjuangan masing-masing untuk manfaat rakyat.
"Kami mempunyai perbincangan yang sangat jelas, terbuka dan ikhlas dan saya juga menjelaskan mengapa saya kritikal terhadap PAS sebelum ini.
"Sekarang kita kosong-kosong. Semuanya kini di belakang kami," katanya bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.
Selain itu, Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada PAS kerana memutuskan hubungan dengan DAP.
Katanya, matlamat untuk mempertahankan Islam tidak sejajar dengan hala tuju parti sekular.

7 comments:

  1. kalau dah nak lemas, taik pun dia capai....

    ReplyDelete
  2. Ada yang tidak kena dengan mental si dia tu, sila periksa kut kut ada urat yang putus kat mana-mana.

    ReplyDelete
  3. Pepatah Arab Jahiliyah ada ber kata , Keldai Keldai hanya ber kompol dengan Keldai dan Unta jauh dari Kuda....

    Mungkin ada kebenaran sejak zaman Batu Arab dahulu

    Kalau Keldai sudah ber perangai Kuda dan Naga , tak mungkin Melayu jadi Bahalol kan.

    Anything new ???????

    ReplyDelete
  4. Jangan silap. Kerjasama tu adalah antara Hadi ngan Berahing bukan Pas-Perkasa sebab ramai ahli Pas ( terutama Pas Kelantan ) menyampah ngan mulut longkang tu. Ini kerjasama peringkat Sotong-Budu saje.

    ReplyDelete
  5. apa yg hadi kata semua berbalik pd dia...

    amanat hadi dulu pun dah berbalik...

    dulu kata biar anjing menyalak, bahtera tetap belayar... tup2 dia kata kita menyalak pd babi DALAM bukit!?... haiwan apa yg menyalak? babi apa tinggal dlm bukit?

    la ni dia kata tak nak kerjasama dgn pengkhianat? tup2 berpeluk dgn pak braheng yg pernah khianat pas. pas bagi kerusi utk tanding, bila menang braheng terus jerit "TRANSFORM!!!" dan terus jadi katak lompat ke bn...

    bgitulah kiasannya...

    ReplyDelete
  6. Bergayut kat kepala ta88 nampak!! Boleh selamatke?????

    ReplyDelete
  7. Admin,
    Kalau Haji Hadi je semua jadi tak betul dimata sedara, tiada apa yang salah dan berdosa dengan isu ini. Cuma hati sedara saja yang tidak tenang dengan situasi ini. Apa yang nak dikecohkan sedara?, lebih baik dipeluk kaum sejenis dari dihimplt oleh amoi2, oleh kerana hati sedara begitu tenang apabila melihat Mat Sabu bertempek dan menerima fatwa Mat Sabu, kalau anggap bukan muhrin sebagai cucu boleh bertempek dengan amoi tiada lah pulak nak dijadikan isu. Sedara, perkara dosa tetap dosa jangan dipandang ringan perkara yang ringan, sama jugak dengan aurat, jangan diambil mudah perkara yang mudah. Bilakah agaknya sedara boleh menerima kenyataan ini?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa